Loading Events

« All Events

Kejohanan Ragbi Negeri Sembilan (NS) Royal 7S 2018

September 22 @ 08:00 - September 23 @ 17:00

Minggu hadapan bermula dari 22-23 September 2018 akan berlangsung Kejohanan Ragbi Negeri Sembilan (NS) Royal 7S 2018 yang akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu bakal menjadi platform terbaik buat bakat muda khususnya pemain bawah 16 tahun untuk merebut tempat mewakili Malaysia dalam skuad kebangsaan.
Kejohanan yang memasuki edisi ke 20 ini dijangka membereikan peluang kepada pemain muda menimba pengalaman bersama-sama pemain senior.

Penaung Diraja Persatuan Ragbi Negeri Sembilan (NSRU), Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar berkata “”Tidak dinafikan pelajar yang datang mewakili sekolah mereka dari seluruh negara ini mengimpikan untuk merebut tempat mewakili pasukan ragbi kebangsaan, dan kejohanan ini pastinya platform terbaik kerana kejohanan ini turut dipantau Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memilih bakat-bakat baharu.

“Jika kita lihat cara permainan pelajar-pelajar sekolah, walaupun mereka kurang pengalaman tetapi mereka bermain secara pantas (kerana faktor usia muda dan stamina tinggi), jadi pastinya mereka akan banyak belajar dan melihat corak dan gerak permainan pasukan senior untuk memperbaiki mutu permainan mereka,” katanya yang juga Penaung Diraja NS Wanderers.
-BERNAMA

Details

Start:
September 22 @ 08:00
End:
September 23 @ 17:00
Event Category:
Event Tags:

Venue

Kejohanan Ragbi Negeri Sembilan (NS) Royal 7S 2018
Padang Majlis Perbandaran Seremban
Seremban, Negeri Sembilan Malaysia
+ Google Map
Phone:
6019 – 479 3079