Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bermulanya kejohanan bolasepak Eropah 2012 yang bakal menjelang tiba. Kejohanan bolasepak bagi menentukan pasukan terbaik negara-negara Eropah akan mula bersiaran pada 8 Jun 2012 dan akan berakhir pada 1 Julai 2012. Perlawanan bolasepak ini pasti ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak seluruh dunia. Ini memandangkan populariti negara-negara Eropah dalam kejohanan bolasepak yang bakal menjadi tarikan penonton di luar sana. Ditambah pula dengan kejayaan Media Prima mendapatkan hak untuk menyiarkan siaran bolasepak ini secara langsung sekaligus memberi peluang kepada penonton yang tiada langganan ASTRO untuk menyaksikan kejohanan bolasepak EURO yang disiarkan 4 tahun sekali ini.
Berbalik kepada topik diatas. Jika anda KAKI BOLA pastinya anda mempunyai pasukan pilihan untuk disokong pada kejohanan ini. Sudah pasti ada yang akan menunggu pada waktu pagi untuk menyaksikan pasukan kegemaran menentang lawan masing-masing. Dan pasti ramai yang akan mengalami masalah seperti yang berlaku di Piala Dunia 2 tahun yang lepas.
Dari 16 pasukan agaknya manakah pasukan pilihan anda? Adakah Croatia, Republik Czech, Denmark, England, Perancis, Jerman, Greece, Itali, Belanda, Poland, Portugal, Ireland, Russia, Sepanyol, Sweeden atau Ukraine? Si Zool meminati Belanda dari antara 16 pasukan itu. Pasukan Belanda berada dalam kumpulan maut dimana mereka terpaksa bertarung dengan Jerman, Portugal dan Denmark dimana itu akan menjadi tugas yang sukar buat pasukan bergelar Oranje ni. Namun saya yakin pasukan Belanda mampu layak dalam kumpulan itu sekaligus mampu melangkah ke pusingan seterusnya dan bergelar juara Eropah pada tahun ini.
Apa pula pendapat anda? Mungkin anda mempunyai pendapat sendiri. Kongsikanlah di bawah ni..
Sekian.




belanda lalui…pertarungan yang sengit… kalau lepas peringkat kumpulan.. mungkin next round.. senang sikit.. hehe… aduhai pasukan portugal sekali lak tue… memang satu negara peberet akan kecewa dalam kumpulan nih…..
Reply
zool
Reply:
June 3rd, 2012 at 22:27
memang belanda team dlm group yg agak sukar ..
Reply
final : Perancis vs Jerman
french menang 1-0.. Yohan Cabaye score..
kesian player Bayern naib juara ke4.. hehehee..
Reply
zool
Reply:
June 3rd, 2012 at 22:27
pergh.. hebat2 ramalan . siap ada pemain yg score tu
Reply
aku menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan portugal untuk menjuarai euro 2012 kali ini.
Reply
zool
Reply:
June 3rd, 2012 at 22:28
oo peminat Ronaldo ke Nani?
Reply
Aku nak tukar pilih sepanyol juara
Hehe
Reply
zool
Reply:
June 3rd, 2012 at 22:28
aik?? dulu pilih mana?
Reply
Aku sokong Spain jadi juara.. Terbaik tu..
http://blogbualsukan.blogspot.com/
bualsukan
Reply
zool
Reply:
June 3rd, 2012 at 22:29
oo.. Spain memang kuat..
Reply
Orenje pun best, tp Germany jd pilihan!
Reply
zool
Reply:
June 3rd, 2012 at 22:30
ooo.. peminat german ye? Mesut Ozil la pemain pilihan ek?
Reply
aku nak malaysia gakk..
Reply
zool
Reply:
June 3rd, 2012 at 22:31
geografi lemah ni.malaysia takde dlm EURO. hehehe
Reply