LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Empat pasukan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2015

Seperti yang telah kita sedia maklum, empat pasukan telahpun melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2015 yang bakal berlangsung pada 2 Disember nanti.
Pasukan yang telahpun layak adalah juara bertahan, Pahang, Felda, Selangor dan Kedah.

Kejayaan pasukan Felda merupakan kejutan terbesar selepas berjaya menumbangkan pasukan juara Liga Super dan Piala AFC 2015, Johor DT. Pasukan Felda yang mencatat keputusan seri 1-1 di gelanggang sendiri pada perlawanan suku akhir pertama tempohari melakukan kejutan dengan menumpaskan pasukan JDT di Larkin.
Keputusan 2-1 memberikan kelayakan ke separuh akhir setelah memenangi perlawanan kalah mati dengan aggregat 3-2. Pada perlawann suku akhir yang berlangsung pada Sabtu lalu, pasukan Felda memperolehi jaringan sepakan penalti Fernandes Augusto pada minit ke 4 selepas pemain import JDT, Harris Harun menampan bola dalam kotak penalti.

felda
JDT berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 51 melalui Safiq Rahim sebelum pemain import Felda Zah Rahman menjaringkan gol kemenangan serta kelayakan untuk ke pusingan separuh akhir.

Pahang pula berjaya mara walaupun tumpas 0-2 di tangan Lions XII pada perlawanan kedua suku akhir hasil kemenangan aggregat 4-3 selepas menang 4-0 di gelanggang sendiri pada perlawanan suku akhir pertama.
Lawan Pahang pada separuh akhir nanti ialah Selangor yang berjaya menumbangkan Sarawak selepas seri 1-1 di Stadium Shah Alam dan mara dengan aggregat 3-2.
Kedah yang berjaya menang ke atas PKNS dengan keputusan 3-1 dan menang secara aggregat 4-2 bakal bertemu Felda United.

Walaupun ada beberapa kontroversi namun diharap perlawanan separuh akhir akan berjalan lancar.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Empat pasukan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)