Emas Lompat Tinggi Milik Nauraj

Acara olahraga yang telah dijangkakan untuk mengalungkan emas bagi Malaysia. Dalam persaingan pada hari ini, emas dan perak milik Malaysia selepas persaingan tertumpu antara atlet negara iaitu Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei.
Persaingan antara dua jagoan lompat tinggi itu menyaksikan mereka berjaya melepasi ketinggian 2.24 meter tetapi Nauraj menjadi pemilik bagi kalungan emas selepas melakukan kurang percubaan untuk melepasi ketinggian itu berbanding Hup Wei yang melakukan dalam tiga percubaan.

Catatan yang dilakukan itu menyamai rekod Sukan SEA, 2.24meter yang dicatatkan oleh lagenda atlet lompat tinggi negara Loo Kum Zee pada 1995.
Namun mereka gagal untuk melepai ketinggian 2.28 meter pada tiga percubaan.Atlet Vietnam, Nguyen Than Nhan meraih gangsa selepas melepasi ketinggian 2.18 meter.

“Saya gembira dapat menyumbang emas untuk Malaysia,” kata Nauraj yang memenangi emas pada edisi 2013 dan 2015. “Sokongan peminat sukar dipercayai.

“Saya tidak sangka diberikan sokongan begitu hebat. Mereka mengagumkan dan saya ucapkan terima kasih kepada mereka.

“Pujian juga wajar diberikan kepada Hup Wei yang benar-benar mendesak saya untuk melepasi ketinggian 2.24m. Hup Wei berlatih bersama saya di Australia dan kami saling bersaing di sana dan hari ini pula di sini.

“Dia rakan sepasukan yang bagus. Saya gembira kerana kami berdua menyumbang pingat untuk negara.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.