LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Emas Ketujuh Negara dari Skuasy

Mungkin agak berbeza sikit emas yang diperolehi dari sukan skuasy kali ini. Ianya bukan datang dari pasukan wanita sebaliknya skuad lelaki negara yang melakar kemenangan di perlawanan akhir.
Ia juga menjadikan sasaran tujuh emas kontijen negara tercapai selepas menumbangkan Hong Kong dengan keputusan 2-1 hari ini.

Pemain perseorangan ketiga, Ng Eain Yow muncul wira apabila menang ke atas pemain 21 dunia yang juga pemenang emas individu Leo Au. Eain Yow yang berada di ranking ke 44 dunia itu menang dalam aksi tiga set 11-7,117 dan 11-4 dalam tempoh 32 minit bagi memastikan emas menjadi milik negara.
“Ramai yang meragui kemampuan kami meraih emas namun kami tetap yakin ada peluang. Kami beri semua yang termampu. Saya amat bangga dengan pencapaian ini.

“Saya melihat dua rakan sepasukan beraksi dengan penuh semangat dan saya juga mahu memberikan yang sama di set penentuan selepas terikat 1-1,” jelasnya yang mengharapkan Program Podium dapat diteruskan kerana menyumbang kepada kejayaan mereka.

Kemenangan mereka sedikit sebanyak menebus kekecewaan skuad wanita yang meraih gangsa.

Jelasnya, dia sudah melakukan persiapan terperinci sebelum menentang pemenang emas acara individu dari Hong Kong itu.

“Saya turun dengan perancangan yang jelas, apa yang harus dilakukan dan tidak meletakkan tekanan kepada diri sendiri.

“Saya tidak bermain dalam individu, jadi saya perlu beri semuanya dalam acara berpasukan,” katanya.

Terdahulu Ivan Yuen yang turut sebagai perseorangan pertama tewas kepada Yip Tsz Fung 3-1 ( 7-11,18-20, 11-9, 8-11).

Bagaimanapun kapten negara, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan bangkit menyamakan kedudukan 1-1 apabila menewaskan pemain ke-19 dunia, Max Lee dalam aksi tiga set 11-9, 11-7, 11-7 dalam tempoh 33 minit.

Kejayaan skuad lelaki negara itu juga adalah yang pertama selepas meraih perak pada edisi 2010 dan 2014.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)