LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Emas 111 milik Azizulhasni

Sasaran ditetapkan untuk mencapai 111 pingat emas nampaknya tercapai melalui pelumba basikal bertaraf dunia dari Terengganu, Azizulhasni Awang.
The Pocket Rocketman berjaya memenangi acara pecut individu lelaki selepas menumpaskan rakan senegara yang juga juniornya, Shah Firdaus Sahrom dengan keputusan 2-0.

“Pingat Olimpik adalah satu pengalaman yang terbaik. Tetapi memenangi emas dalam Sukan SEA adalah satu kejayaan yang sangat penting buat saya. Beraksi di Malaysia di hadapan keluarga dan penyokong tuan rumah adalah satu kenangan yang tidak boleh dilupakan.

“Ini adalah Sukan SEA terakhir saya, memenangi emas yang ke-111 ini akan menjadi pemangkin untuk saya beraksi cemerlang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti,” katanya.

Tempat ketiga menjadi mikil pelumba Thailand , Jaturong Niwanti yang menumpaskan pelumba Indonesia, Puguh Admadi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.
Dalam aksi sebelum itu, atlet wanita berbasikal negara, Fatehah Mustapa mengesahkan sebagai pelumba wanita no 1 Asia Tenggara apabila menumbangkan cabaran rakan sepasukan, Farina Shawati Adnan.

Tahniah kepada Azizulhasni dan Fatehah serta kontijen berbasikal negara yang mencatat keputusan memberangsangkan dalam acara berbasikal Sukan SEA tahun ini.
Semoga terus maju jaya lagi.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)