Eksperimen Baja Cacing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Semoga anda semua dalam keadaan gembira dan sentiasa tersenyum walau dalam keadaan gundah gulana..

Sebenarnya minggu ini duit saya agak berkurangan.. Almaklumlah ada beberapa perkara teknikal yang menyebabkan terpaksa mengeluarkan duit dahulu.. Tetapi perniagaan prepaid membantu saya menyimpan duit dan tidak membazir.. Insyallah dapat bertahan sebelum gaji.. Lagipun kena spare untuk hadiah bagi pertandingan domain kereta yang akan diumumkan bulan depan…

Nampaknya hari ini saya menyambung kembali proses pengayakkan baja vermikompos cacing.. Memang amat membosankan tetapi sekurang-kurangnya kini masa saya lebih terisi.. Insyaallah akan ada balasannya..

Saya telah bereksperimentasi baja cacing dengan beberapa tanaman di rumah.. Antara tanaman mak saya yang menjadi bahan percubaan ialah pokok pengaga, pokok limau nipis, daun sadri, pokok naga, pokok keladi dan beberapa jenis bunga.. Untuk ekperimentasi kali ini saya mencuba pokok-pokok yang tidak berapa menjadi. Mungkin baja vermikompos ini mampu memberi kesan atas kestabilan tanah tersebut… Kepada mereka-mereka yang diberikan sampel baja tersebut diharap dapat menggunakannya kepada pokok-pokok bunga atau sayur-sayuran kerana ianya terbukti mampu memberikan impak yang baik kepada tanaman anda.. Jika ragu-ragu boleh cuba pada 1-2 pokok sahaja dan lihatlah kesannya.. Jika impak positif semestinya baja vermikompos ( dengan kuasaNya) mampu mencantikkan lagi tanaman anda serupa seperti cantik/hensemnya tuan tanaman tersebut..
Berikut merupakan gambar-gambar tanaman yang sedang dibubuh baja tersebut.. Kita saksikan perubahannya dalam tempoh 2 minggu dari sekarang…

limau.1
Pokok Limau nipis ..

nagamadu
Pokok Naga yang tidak dijaga..

reban
Reban ayam.. Eh apa kena mengena reban ayam dengan eksperimen ni?? Sebenarnya kemungkinan besar saya akan mencuba tahi ayam sebagai media alternatif..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 331
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

14 Responses to “Eksperimen Baja Cacing”

  1. ktomNo Gravatar says:

    zool, lumayan ke jual prepaid tu?

    Minta sikit baja cacing tu boleh tak? Ktom nak bajakan pokok cili….hehehe

    Reply

  2. bantingboyNo Gravatar says:

    hehe. rajin tul ko dengan cacing-cacing nih yek. :)

    Reply

  3. chotNo Gravatar says:

    kena modal besar ke ternak cacing ni?

    Reply

  4. KNizamNo Gravatar says:

    wahhhh cam best je bercacing2 neh. hehe

    Reply

  5. zoolNo Gravatar says:

    ktom –> jauh sgtlah ktom..
    bantingboy –> saja mengisi masa lapang..
    chot –> modal besar kalau ternak besar2an.. modal kecil kalau buat sambil2 je…
    KNizam –> best… bolehlah

    Reply

  6. menteilNo Gravatar says:

    wah… sungguh kreatif reban ayam itu.. hehe

    Reply

  7. acaiNo Gravatar says:

    slm bro zool,
    Waaa bagus2..dah try sendiri kat tumbuhan..:) jgn lupe update nnti pasal tumbuhan tersebut ye..:) akupun blum cuba lagi kat pokok kat umah aku tu,hehee..:) ingat nak bagi SIRIM check komposisi dan kandungan bahan2 dalam baja tu..

    sbb aku dengar kalau lebih alkali lebih sesuai untuk tanaman yg berbeza dan seterusnya..:) sbb tu kat tpt aku ada jual baja vermikompos untuk pokok bunga, pokok berbuah dan sebagainya..:)

    aku rase nombor yg ko save tu salahlah bro, nape aku tak pernah dapat msge dari ko?huhuhu..nnti aku bagi lagi ye..

    Reply

  8. nuaemanNo Gravatar says:

    Baru jee minggu lepas aku discuss pasal baja cacing ni ngan partner aku.. mungkin eksperimen ni boleh membantu.. nanti jgn lupa bagitau resultnya bro..

    Reply

  9. shakriNo Gravatar says:

    ada tak sapa2 yang boleh tolong mel kan plan pembinaan reban kambing yang ideal sebab saya nak cuba ternak kambing tolong otai2 bantu saya emel saya shakriawang@yahoo.com.my

    Reply

  10. zhrbtnNo Gravatar says:

    tapi..hati2 dgn kontrk yang xbeli balik…

    Reply

  11. ansarNo Gravatar says:

    Salam bro, jangan guna tahi ayam bro nanti mati habis cacing. hanya guna tahi dpd haiwan yang makan rumput rampai spt lembu,kambing, rusa, kuda dll yg sama waktu dengannya.

    Reply

  12. adikcuteNo Gravatar says:

    kepada yg berminat,

    km juga menjual cacing, baja RM 5/kg, makanan RM 1/kg dan peralatan cacing.

    jika mempunyai bajet yg sederhana, dgn hanya RM
    500 anda mampu mempunyai :
    rak cacing + bekas cacing + makanan cacing 25kg++ + 1kg cacing

    dan jika mempunyai bajet lebih, dgn RM 900 anda mampu mempunyai :
    rak cacing + bekas cacing + makanan cacing 50kg++ + 2kg cacing

    kami juga memberikan penerangan/kursus secara PERCUMA!!
    Jangan lepaskan peluang yg ada..
    Oh ya! kami di UTARA (penang,kedah)
    penghantaran percuma bagi di negeri kedah.
    sebarang masalah hubungi kami :
    012-5929431 (wani)

    Reply

  13. boanNo Gravatar says:

    Kami membekal baja vermikompos pada harga yang berpatutan.Kami di kawasan Putrajaya,Bangi,Dengkil,Puchong,Serdang dan Kajang.Hubungi sya Boan 012-3516002 untuk keterangan lanjut.tq

    Reply

  14. su...pek, mcm bapukNo Gravatar says:

    bleh gune cacing perot x???
    membazir je smpn dlm prot…

    Reply

Leave a Reply