Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Mungkin ramai yang tak memahami apa itu konsep ‘edible garden’ termasuklah saya ketika membaca sisipan akhbar Utusan yang dikeluarkan oleh Felda.
Bila membacanya barulah paham bahawa ianya merupakan satu konsep ‘ taman yang mengunakan tanaman yang boleh dimakan’. Dalam erti kata senang, taman sayur/buah.
Memang menarik sekali konsep ‘edible garden’ untuk diaplikasikan di rumah-rumah.. Ianya menggunakan ruang yang minimum.. Malahan yang bestnya ianya boleh dibawa makan..
Itu sebabnya kalau sebelum ini landskap rumah yang sering dihiasi dengan bunga-bungaan boleh ditukar ke landskap sayur-sayuran.. Kalau nak diikutkan memang rumah saya ni ada ditanam beberapa tanaman seperti ‘saderi’, ‘daun bawang’, ‘cili’, ‘bendi’ dan beberapa lagi..
Memang ianya sedikit sebanyak membantu dari segi penjimatan bahan-bahan masakan di dapur..
Mungkin bagi yang tinggal di rumah-rumah bertingkat agak sukar untuk melaksanakan program ini.. Tapi rasanya masih boleh dilakukan dengan kreativiti masing-masing. Ada banyak tanaman yang tidak terlalu meningkat pembesarannya. Mungkin anda boleh bereksperimentasi dengannya..
Malahan penjualan benih-benih sayur di pasaraya menunjukkan betapa hendak seribu daya tak hendak .. lu pklah sendiri ..
Malahan MARDI juga ada memperkenalkan konsep minifertigasi yang membantu mengurangkan kerja-kerja penyelenggaraan tanaman tersebut.. Hendak dengan tak nak je kalau nak buat kan..
Jadi apa tunggu lagi.. Kotorkan tangan anda seketika, keluar ke rumah dan jayakan program ‘edible garden’ ni. Kalau nak baja boleh contact saya ye.. He hehe..
Ops.. NI gambar contoh beberapa ‘edible garden’ yang mantop.. Bukan rumah saya ye..

Gambor rumah sapa ntah.. Bukan dalam negara. Tapi cantik ..Rasa nak beli je umah diorang tu..

Credit Edible Garden Pic to : Cityfarmer
Info dan tips nak bangunkan edible Garden :-
Berita Harian
Grow Em Up – Edible Garden
Ops.. lupa plak. Selain nama omputeh ‘edible garden’ orang Melayu juga menyebutnya dengan ‘taman dapur’. Oklah kot bunyinya..
RSS Feed
Twitter




February 28th, 2009
zool 






Posted in
Tags: 






Betul tu zool,bukan setakat sayuran dan buah-buahan saja,Malah ada sesetengah orang tanam tumbuhan herba disekeliling rumah.
Reply
mm,blog zool ni mmg byk kelainannye..ia memberi semangat buat saye nak berkebun..hehe,thanksla banyak bg info dn tips berguna ttg ilmu bercucuk tanam ni..
insyaAllah dapat rumah yang ade halaman,saye akan praktikkan..buat sementare ni tanam pokok hiasan jela dulu..
Reply
zool
Reply:
March 1st, 2009 at 11:09 pm
sekurang-kurangnya kita dapat manfaatkan tanah kat muka bumi ni..
Dapat buat 2-3 tanaman pun cukuplah.. seronok bila tgk tanaman membesar dan keluarkan hasil…
Reply
rumah kampung ku dah siap, pak and mak mertua pun dah balik ke pilah … tak duduk ngan aku lagi .. boleh try le apa-apa projek mini nanti. tapi .. sebab aku tak duk sana, kira projek hujung minggu lah
Reply
zool
Reply:
March 1st, 2009 at 11:13 pm
OOO.. oklah tu..
nanti kalau nak baja boleh contact aku..
selamat bercucuk tanam..
2-3 hari tak dapat nak bertanam.. ujan plak.. tapi bagus.. kasi tanah lembut sikit..
Reply
aku pernah try masa kat kampung dulu..
aku tanam sayur,bawang,cili etc depan rumah siap dengan kolam ikan.
best tu memang best tapi yang agak letih tu nak halau monyet,ayam,burung dan segala binatang yang ‘berminat’ kat tanaman aku tu..haru…
Reply
zool
Reply:
March 1st, 2009 at 11:14 pm
Biasalah tu.. cabaran untuk bertani tu mesti ada..
aku plak hadapi ayam-ayam ..
jagung aku tanam langsung hancur.. tapi takpe..
bukan untuk bisnes .. tak ralat sgt..
nak cari benih pun tak susah sgt.
Reply
owh…btul2…kat umah sy pun adela beberapa daun ubi,keladi,cili2an n pokok2 buah sket..agak2 xde sayur,bleh petik daun ubi je=)
Reply
zool
Reply:
March 1st, 2009 at 11:11 pm
oklah tu.. daun ubi tu kalau rebus lepas tu cicah sambal belacan..
meletup tu..
apahal pun ada ruang gunakan sebaik mungkin..
nak baja.. boleh contact..
saya bagi baja kompos yang asli.. tiada bahan campuran kimia..
he he he
Reply
sebenarnya mmg bgus projek edible garden neh.tetapi kbykan pengusaha tak dak ilmu menanam sbnarnya….
setakat menanam semua org bleh..
saya sendiri dah redah felda kumai(wilayah mempaga) bentong..
dorg kene buat project terung tp buah alahai teruk btol….
mcm na nak jual?
bro zool..
lu menanam ke?
lau lu punya pokok kene serang serangga yg sakit kepala nak settle..
info gua…
gua suka tgok pokok nak mati pulih balik
ini bukan smbg gegar punya…
salam. .
Reply
taman rumah kak jie sekangkang kera tu kategori ape ye
ada tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, betik, terung pipit, helicorna 8 jenis, pokok delima, kantan, ubikayu utk petik daun rebus…pokok2 bunga jenis hijau..tak de bunga2..tak minat
Reply