Edan Syah , peserta Malaysia pertama menang acara 60km di GORRF 2018

Bagi pengemar acara larian marathon mungkin kenal dengan Edan Syah ni. Pelari Malaysia ini mengharumkan nama negara selepas memenangi acara larian jarak 60km di Kejohanan Great Ocean Road Running Festival (GORRF). Edan mencatat masa 4 jam 29 minit untuk menjadi peseerta Asia terbaik dalam kejohanan ultra marathon ini.
Edan telah menjalani latihan selama lima bulan untuk mempersiapkan diri dalam acara ini. Pengorbanannya berbaloi dengan kejayaan yang dicatatkan olehnya.
Beliau juga dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dalam masa yang singkat .

Edan berkata “Apabila anda berlatih keras, anda juga perlu belajar untuk mengurangkan masa untuk membolehkan tubuh anda sembuh sepenuhnya sebelum latihan intensif seterusnya. Kali ini, selain dapat melihat keindahan sepanjang Great Ocean Road , saya berpeluang menikmati lawatan helikopter dari Port Campbell yang terbang di atas Great Ocean Road “.

Ketika Edan mengambil keputusan untuk menyertai acara ultra 60km ini, beliau hanya mensasarkan untuk menghabiskan jarak serta melihat kemampuan selepas 10 tahun terlibat dalam acara larian jarak jauh ini. Matlamatnya hanya untuk mengekalkan rentak dan menamatkan perlumbaan dengan baik.

Sumber :-Dunia Sukan
Facebook Edan Syah

Jamal kagum dengan Edan Syah yang mengharumkan nama negara dalam acara ultra marathon ni. Mungkin lepas ni Jamal nak ajak boss sekali join Ultra Marathon . Sebelum tu nak kena ada training dulu ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives