Durian oh Durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Cuba lihat gambar di bawah.. Pasti ada antara anda yang terliur melihat gambar durian dengan ulasnya yang kekuning-kuningan, tetapi ada juga yang menutup hidungnya ..
durian.1
Sebenarnya saya bukanlah pengemar durian  tetapi sukalah juga makan durian.. Almaklumlah kadar peningkatan darah menyebabkan saya lebih berhati-hati untuk mengambil makanan yang agak berisiko tinggi..

Di tempat saya, nampaknya di tepi-tepi jalan telah mula bersusun penjual durian dan sudah pastinya ia diserbu oleh pengemar durian.. Sebenarnya membeli durian di tepi-tepi jalan ni perlukan teknik bagi memastikan kita tidak tertipu.. Ini kerana jika silap pilih durian yang dipilih adalah dalam keadaan yang tidak elok.. Nak saman penjaja tu?? Aiyok.. Rasanya ramai yang tak sanggup ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk mendapatkan hak kepenggunaan termasuklah si ZOol ni..

Bercerita tentang penjaja durian, buah durian yang kita kenali sebagai raja buah ni telah memberikan pendapatan yang baik kepada pemilik-pemilik dusun durian.. Memang ianya merupakan salah satu bidang yang kurang diceburi .. Almaklumlah hasilnya agak lambat malahan musuh-musuh seperti tupai, kelawar , pencuri membantutkan usaha untuk menceburi bidang ini. Namun pada pendapat saya ianya juga berpotensi jika dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul.. Tidak silap saya, dengan kaedah yang betul buah durian mampu memberi hasil dalam tempoh kurang dari 5 tahun.. Betul ke??  Tetapi mungkin dengan bantuan teknologi terbaru dan menggunakan baja vermikompos mungkin tempoh hasilnya dapat dipendekkan lagi.. Diharap Jabatan-jabatan pertanian dapat membantu pengusaha durian agar ianya dapat meningkatkan lagi pengeluaran oleh pemilik dusun durian ni..

Selain dari itu saya juga ingin meminta nasihat dan petua dari tuan-tuan tentang teknik pemilihan durian.. Mungkin anda semua dapat berkongsi bersama..

p/s: – Baru beli 5 kg durian tapi hanya 2 biji je elok.. Tension betul….

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2416
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Durian oh Durian”

  1. ~ mizzamy ~No Gravatar says:

    ~ menduga betul tgk durian mlm2 nie… ada yg nak kena g carik durian esok nie. ~

    Reply

  2. cikgunurulNo Gravatar says:

    ermm sedapnyaaa.kat miri susah nak car i duriannnnnnnnnnnn

    Reply

  3. Aku baghu makan durian minggu lepas. Sekilo RM8, so aku makan kat situ jugak. Takat klu tapau dpt yg tak lawa.

    Makan 3 kilo, dgn wife, puas hati jugak la

    Reply

  4. Kalau dulu memang patut buah durian adalah raja buah yang mahal harganya. oleh kerana sekarang bekalan durian mudah diperolehi maka harganya murah.

    Dulu ketika mahal saya suka makan durian, maklumlah seseksli jumpa. saya dulu tinggal dikampung namun jarang jumpa pokok durian. Sekarang bila dah berlambak dan murah,lain pulak ceritanya. Sekarang ni dah tak suka pulak.Bau je saya dah pening-penig lalat……ARB Dagang

    Reply

  5. acaiNo Gravatar says:

    aku mmg suka gile mkan durian bro,hehehe..:)

    Reply

  6. my projectNo Gravatar says:

    nak bli durian.. ade lagi x nampak org jual..atau kebun2 yang masih ade durian kat mana bleh dpt aaa??

    Reply

  7. Saung TaniNo Gravatar says:

    Kunjungan perdana, salam kenal dan semuga sukses selalu.

    Reply

  8. HanieNo Gravatar says:

    I ni baru baik dari batuk tapi durian punya pasal…LUPAKAN YG LAIN!!

    Reply

Leave a Reply