Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Durian oh Durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Cuba lihat gambar di bawah.. Pasti ada antara anda yang terliur melihat gambar durian dengan ulasnya yang kekuning-kuningan, tetapi ada juga yang menutup hidungnya ..
durian.1
Sebenarnya saya bukanlah pengemar durian  tetapi sukalah juga makan durian.. Almaklumlah kadar peningkatan darah menyebabkan saya lebih berhati-hati untuk mengambil makanan yang agak berisiko tinggi..

Di tempat saya, nampaknya di tepi-tepi jalan telah mula bersusun penjual durian dan sudah pastinya ia diserbu oleh pengemar durian.. Sebenarnya membeli durian di tepi-tepi jalan ni perlukan teknik bagi memastikan kita tidak tertipu.. Ini kerana jika silap pilih durian yang dipilih adalah dalam keadaan yang tidak elok.. Nak saman penjaja tu?? Aiyok.. Rasanya ramai yang tak sanggup ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk mendapatkan hak kepenggunaan termasuklah si ZOol ni..

Bercerita tentang penjaja durian, buah durian yang kita kenali sebagai raja buah ni telah memberikan pendapatan yang baik kepada pemilik-pemilik dusun durian.. Memang ianya merupakan salah satu bidang yang kurang diceburi .. Almaklumlah hasilnya agak lambat malahan musuh-musuh seperti tupai, kelawar , pencuri membantutkan usaha untuk menceburi bidang ini. Namun pada pendapat saya ianya juga berpotensi jika dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul.. Tidak silap saya, dengan kaedah yang betul buah durian mampu memberi hasil dalam tempoh kurang dari 5 tahun.. Betul ke??  Tetapi mungkin dengan bantuan teknologi terbaru dan menggunakan baja vermikompos mungkin tempoh hasilnya dapat dipendekkan lagi.. Diharap Jabatan-jabatan pertanian dapat membantu pengusaha durian agar ianya dapat meningkatkan lagi pengeluaran oleh pemilik dusun durian ni..

Selain dari itu saya juga ingin meminta nasihat dan petua dari tuan-tuan tentang teknik pemilihan durian.. Mungkin anda semua dapat berkongsi bersama..

p/s: – Baru beli 5 kg durian tapi hanya 2 biji je elok.. Tension betul….

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 85
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

7 comments to Durian oh Durian

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>