Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Membaca tajuk diatas mungkin menyebabkan ada antara anda yang cuba mencari ikatan antara ketiga-tiga bahan untuk isian perut.. Sebenarnya tiada sebarang kaitan antara durian, cencalok dan teh misai kucing tapi saya ingin menulis dan menampal sedikit gambar disini..

Okay cerita pasal Durian, seperti yang anda tau ianya merupakan sejenis buah. Rasanya ramai pakar di sini yang bijak dalam mengenal kualiti durian..Ada durian tembaga,Durian D2 , Durian Siam, durian belanda, durian tunggal, durian daun dan macam-macam lagi ( bukan semua durian yang ditulis ni releven.. sisihkan yang mana bukan berkaitan ye..).. Memang makan durian ni sedap tapi kalau banyak sangat alamat panas badan.. Yang darah tinggi tu elak-elakkanlah ye..
Cerita cencalok plak.

Dah namanya orang Melaka mestilah kenal dengan cencalok ni.. Makanan yang diperbuat dari anak udang atau lebih dikenali dengan udang geragau memang cukup popular di Melaka. Kalau singgah gerai-gerai tepi jalan mesti ada yang jual cencalok ni.. Rasanya masin-masin sikit sedap kalau digaulkan dengan nasi.. Tapi jangan banyak sangat nanti lalok plak nanti.. Ye ke?? Memandai je si Zool ni..
Akhir sekali pasal teh misai kucing. Sebelum ini saya pernah menulis mengenai minuman rasmi negeri Melaka misai kucing. Sedar tak sedar rupanya bapa saya ada beli teh misai kucing tapi tak digunapakai.. Jadi nampaknya saya la yang terpaksa meminumnya.. APa rasanya?? Biasa je macam minum teh o…

Okay cukup tentang 3 perkara diatas.. Memang best hari ni makan durian , nasi berlauk cencalok sambil minum teh misai kucing.. Terasa tenang je.. He he he..
RSS Feed
Twitter



June 10th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


seperti orang melaka pula zool ni tapi bagus juga tahu tanpa saya tahu sampai bila-bila………
Reply
zool
Reply:
June 10th, 2009 at 23:05
Er memang pun orang Melaka.. Rasanya semua pembaca tau ,..
Reply
kat kg aku ada pokok durian tembaga. tinggi giler pokoknyer. hehe
cencaluk ada gak dalam peti ais aku. letak limau sambal dengan cili sket, pastu bawang. perghhhhhhh best woooooo
ko dah cuba jemput2 yang dicampur dengan sedikit udang geragau ? best giler ! hhaha
Reply
zool
Reply:
June 11th, 2009 at 07:58
dah cuba .. ada budak opis bawak…
bolehlah
Reply
Gulpppp! Telan air lior aku tgk gambar durian tu..peh dah lama tak pekena durian ni
pasal cencalok lak..nasib baik aku baru je lepas makan tadi ulam dgn cabai sodaaaaaap..
Reply
harap-harap tahun ni boleh merasa durian kampung. rumah kat pilah dah siap. mak/bapak mertua pun dah duduk sana. kalau ada rezeki, harap-harap berbuah byk le pokok tu
Reply
Salam..baru tahu cencalok pun terkenal kat Melaka..ingatkan kat pantai
timur je..first time makan cencalok masa belajar kat Kedah…
En Zool ada dusun buah ke ?…next time boleh borong terus drpd En Zool…(if lalu Melaka)..
Reply
zool
Reply:
June 11th, 2009 at 08:07
Er saya plak first time tau yang cencalok popular kat pantai timur..
setau saya kat sana lebih terkenal ngan budu…
Dusun buah takde.. Durian tu semua beli.. sini ramai org jual skg.
Reply
uiks..teh misai??
syia x nah jmp lg ni.. sedap ke?
Reply
zool
Reply:
June 11th, 2009 at 08:09
ok je.. memang susah gak nak jumpa.
syia try le gi kat Mydin.. mana tau jumpa..
Reply
huu.. sdp ye. wah doyan. bergelora perut ni
Reply
Aduyai… kala ini terasa seperti mengidamkan durian2 itu…
en. zool sila poskan durian kepada saya bule?? [sukati sy je kan?.. ekekekek]
=^.^=
Reply
zool
Reply:
June 11th, 2009 at 13:43
hm.. takkan tg malim takde durian kot?? Kan Peghak terkenal ngan dogheyan (ha ha ha.. hentam je)…
Nak poskan durian tu takut tak sampai.. Hantar ke Pejabat Pos je dah kena sebat ngan posmen.. camne tu??? Er ambil la gambo durian kat atas tu.. Printkan , lepas tu fram buat ilangkan ngidam tu..
Reply
Erm, betul ke ek orang kata tak leh makan tembikai lepas makan durian ek?
Reply
durian leh terima. Cencalok leh terima. Teh misai? Ouhh..ni tak penah try lagi..
Reply