post

Dulu atlet kini bergelar Profesor Madya : Dr Farrah Hani Imran

Siapa kata atlet tidak berjaya dalam pendidikan? Tanggapan itu dibuktikan salah oleh Dr Farrah Hani Imran apabila muncul atlet pertama yang berjaya dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang perubatan.
Pengiktirafan ini menjadikan beliau sebagai gimnas pertama negara yang berjaya mendapat pengiktirafan terrtinggi itu.
Dr Farrah Hani Imran selaku Ketua Pembedahan Plastik, Unit Kebakaran dan Penjagaan Luka, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapat penghargaan tersebut pada 22 Mei selepas menyumbang bakti selama 14 tahun dalam perkhidmatan awam.

“Ini kali pertama bekas atlet negara menerima pengiktirafan sebagai Profesor Madya pembedahan, dan bekas gimnas negara pertama sebagai Profesor Madya dalam apa-apa bidang. Ini membuktikan bahawa sukan penting dalam membina watak dan membentuk individu mahir dalam pelbagai bidang, juga menjadi aset di tempat kerja.

“Pendorong utama saya adalah keluarga – ibu Amy Imran (dikenali sebagai Sister Amy Imran), abang Dr Amar Imran dan suami Dr Enda Kelly,” kata Dr Farrah, gimnas pertama Malaysia menyertai Kejohanan Dunia di Alicante, Sepanyol pada 1993, kepada Bernama.

Meskipun sibuk dengan tanggungjawab selaku petugas barisan hadapan namun beliau yang juga Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) tidak melupakan terus kepada pengalaman sukannya. Beliau yang berusia 43 tahun itu mengatakan bahawa sukan itu boleh menjadi alat dan medan bagi mengenalpasti karekter seseorang untuk memperbaiki diri kepada versi yang lebih baik.


“Konsep utama adalah bukan hanya mengenai kemenangan, sama ada dalam bilik darjah atau di gelanggang, ini adalah mengenai sikap dan watak semata-mata. Memahami apa yang mendorong anda, memahami tanggungjawab kepada pasukan dan memberikan yang terbaik.

“Sukan mengajar bagaimana untuk menjadi juara tapi lebih penting, ia mengajar bagaimana menangani kekalahan, termasuk mengetahui bila masa untuk berundur dan membiarkan orang lain bersinar, menyedari hakikat bahawa ia bukan hanya tentang diri kita sahaja,” katanya.

Dr Farrah adalah graduan daripada Royal College of Surgeons, Ireland (RCSI) pada tahun 2002 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembedahan (Pembedahan Plastik) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2010.

— BERNAMA

Tahniah kepada Dr Farrah. Sememangnya ramai atlet-atlet Malaysia yang memiliki kelayakan tertinggi dalam bidang masing-masing. Semoga ia akan menjadi inspirasi untuk membuktikan sukan bukan penghalang untuk berjaya dalam karier lain terutama selepas bersara kelak.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.