Duit boleh beli segalanya..
Written by zool on April 27, 2008 – 2:43 am -Assalamualaikum semua..
Hari ni cuti sambil berehat-rehat sedikit selepas penat malam tadi ada sedikit kenduri… Masih terasa keletihan. Nampaknya hari ni tak dapatlah nak mencangkul kat rumah.. ( alasan malas tu.. jangan diikut)..
Hm… rasanya ungkapan ni pasti ramai dari kita yang sering terbaca, terdengar dan terlihat di mana-mana.
Source pic : mircscripts.org
” Duit boleh beli segalanya “
Apa pandangan anda tentang ungkapan ini?? Sudah semesti ada pro dan kontra dari anda semua… Memang duit boleh beli macam-macam .. Tetapi bolehkah duit membeli sesuatu yang bersifat kerohanian?? Sebagai contoh mampukah duit yang bertimbun memberikan ‘kebahagiaan’ kepada sesuatu institusi kekeluargaan.. Memang dalam zaman yang penuh dengan material duit menjadi perkara no 1.. Malahan disebabkan oleh duit ramai dari kita sering terlupa padaNya. Dan ramai dari kita sanggup melakukan perkara yang dilarang semata-mata untuk duit.. Rasuah, pecah amanah, penipuan dan sebagainya adalah disebabkan taksub kepada duit.. Malahan ramai yang terpedaya dengan skim cepat kaya akibat dari ketamakan dan ingin kaya cepat.. Namun lebih ramai yang tersungkur dan hilang punca.. Malahan kawan pun hilang bila tiada duit.. Inilah lumrah dunia.. Akibat kerakusan manusia terhadap dunia sedikit demi sedikit bala masalah jenayah berlaku.. Bayangkan jika dahulu pencuri-pencuri dan perompak biasanya terdiri dari orang yang berumur 20 tahun ke atas kini remaja-remaja sekolah rendah sendiri mempunyai geng-geng perompak mereka sendiri..
Pada pendapat saya, duit adalah keperluan dan perlu dimanfaat di jalan sebaiknya.. Tidak perlu terlalu taksub pada kebendaan.. Cukup untuk keperluan harian , menabung dan untuk membantu mereka yang susah… Ketamakan semata-mata untuk berumah besar, kereta besar, berpakaian mewah akan hanya merosakkan diri… Semoga saya tidak terpengaruh dengan ajakan ’syaitan’… Insyallah..
Tags: duit, materialistik
Posted in kehidupan |
8 Comments to “Duit boleh beli segalanya..”










April 27th, 2008 at 4:01 am
dunia sekarang. Macam2 boleh beli. Tak dinafikan, duit boleh beli macam2.
April 27th, 2008 at 6:29 am
duit boleh merubah sesaorang..
April 27th, 2008 at 6:48 am
dgn duit mcm2 bole kita beli…tapi jiwa je kita xbole beli…hehe
April 27th, 2008 at 7:34 am
Salam…………
Pastikan duit gaji yang diterima digunakan untuk membayar segala hutang-piutang.
http://www.perigiduit.com/?ref=Aizi30
April 27th, 2008 at 8:11 am
ya lah..
duit adalah segalanya..
tak de duit cane nak hidup..
cuma kena kawal la..
April 27th, 2008 at 10:23 am
bagi aku..duit tk ke mana..
makin digunakan makin habis..
April 27th, 2008 at 10:25 am
skrg dengan duitpun boleh beli cinta,hehehe..:) tapi Allah tu maha adil..kalau diberi seseorang lebih dari segi kekayaan mungkin dia kurang dari sudut lain..org yg takde duit kekadang hidup dengan hati yg lapang, tenang dan bahagia berbanding org yg byk duit..percaya tak?
April 27th, 2008 at 11:05 am
titan –> duit boleh beli macam2 sampai sanggup berperang dengan adik beradik, tikam kawan baik.. macam2 lagi.. ntahlah kadang2 aku takut jadi camtu..
zino –> betul tu.. samaada positif atau negatif.. masing2 punya caranya..
chot —> betul tu .. duit boleh beli macam2 jenis kamera.. aku pun ingat nak angkat satu tapi duit tak cukup… nak guna duit ASB??? mana bleh.. tu simpanan utk….
KPSU (PA) –> kadang2 tertinggal nak bayar hutang.. auto debit dapat mengelakkan keterlupaan tersebut.. PTPTN dah habis ker??
menteil —> betul tu.,,, tapi nak kawal tu yang susah….
afham –> betul lah… keluarga, sahabat tu lebih penting.. hidup secara yang kita mampu.. tak mampu jangan gatal2 nak pakai benda mahal..
acai –> ye cinta dengan duit tak sama cinta dengan jiwa.. cinta duit sementara.. bila dah tua, tak berguna masa tu tau apa guna cinta sebenarnya..
betul kengkadang org kurang duit tapi hidup tenang… Kenapa?? Kerana mereka pandai menggunakan kehidupan secara optimum.. orang kaya banyak duit tapi macam2 tak leh makan ( sakit) orang miskin makan pucuk ubi yang ditanam .. tapi sihat sentiasa.. Wallahualam