LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Dr Wan Azizah penaung baharu BAM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan menjadi penaung baharu bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya mengalu-alukan Dr Wan Azizah sebagai penaung baharu menggantikan penaung terdahulu, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Terima kasih kepada Dr Wan Azizah kerana sudi menjadi penaung BAM dan kami di BAM berbesar hati dengan kesudian beliau.

“Kami yakin sukan badminton akan lebih menyerlah dengan adanya beliau sebagai penaung baharu menjelang Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis BAM di Akademik Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini, Khamis.

Mohd Norza berkata beliau percaya selaku individu yang bermain badminton, Dr Wan Azizah sentiasa peka dengan perkembangan badminton negara.

Beliau berharap kecekalan serta kehadiran timbalan perdana menteri wanita pertama negara itu bakal menjadi contoh kepada pemain badminton negara, jurulatih serta pegawai BAM.

Dalam masa sama, BAM turut mengucapkan terima kasih atas jasa serta pengorbanan bekas penaung sebelum ini. — Bernama

Ligakampung.com mengucapkan tahniah atas pelantikan Dr Wan Azizah ke jawatan tersebut. Semoga dengan pelantikan penaung dari ahli kerajaan bakal menyemarakkan lagi perkembangan sukan badminton negara yang sedikit suram kini.
Dimohon juga Dr Wan Azizah akan meneruskan tanggungjawab ini walaupun sekiranya beliau telah turun dari jawatan dalam masa hadapan. Ini bagi memastikan kesinambungan BAM dalam mencorakkan lagi sukan badminton negara.
Diharap pelantikannya bukan sekadar untuk mendapat nama sahaja tetapi mempunyai matlamat tertentu bagi memastikan sukan badminton maju ke hadapan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)