LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Diaz cabut lagi

Peminat bola sepak mungkin pernah mendengar isu tentang pemain import JDT, Jorge Pereyra Diaz sebelum ini.
Selepas mencetuskan kontroversi, pemain yang gemar menunjukkan isyarat kepak ayam ini kembali beraksi ke pasukan elit Harimau Selatan ini.
Namun terbaru pemain dari Argentina ini sekali lagi mengejutkan terutama para penyokong JDT apabila manyampaikan niatnya mahu meninggalkan kelab ini.
Berita gempar ini disampaikan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edward yang mengesahkan Diaz meninggalkan pasukan ketika berada di Singapura kelmarin.

Ejen beliau telah menghubungi pihak JDT dan memaklumkan niat pemain tersebut yang sekali lagi ingin meninggalkan kelab tersohor di Malaysia ketika ini.
Menurutnya, JDT akan segera mencari pengganti Diaz ketika jendelan perpindahan di buka pada bulan Jun nanti dan kini hanya menggunakan pemain import sediada untuk perlawanan tempatan dan luar.

Ligakampung.com agak terkejut dengan situasi ini kerana Diaz seperti sudah kembali selesa selepas mempamerkan aksi memberangsangkan terutama ketika membantu skuad JDT menumpaskan Melaka pada Sabtu lalu.
Nampak seperti ada masalah peribadi yang tak dapat diselesaikan oleh beliau. Apapun mungkin selepas ini JDT akan ‘blacklist’ Diaz dari kembali ke JDT.
Walaupun mereka seperti merelakan pemergian Diaz namun kami yakin pasti JDT akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengelakkan keadaan ini berulang lagi pada masa hadapan.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Diaz cabut lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)