LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Dharma komen pemain hoki SUKMA kurang kemahiran asas

Nampaknya jurulatih wanita negara, K Dharmaraj memberikan komen terhadap prestasi pemain hoki di SUKMA yang kurang baik dari segi kemahiran asas.
Beliau yang ditemuramah oleh Malay Mail memaklumkan bahawa jurulatih negeri perlu memikirkan kaedah terbaik untuk memperbaiki kemampuan para pemain mereka.
Pukulan sudut penalti merupakan teknik yang tidak menjadi para pasukan Sukma tempoh hari apabila teknik push-up, stopping, hitting dan flicking kebanyakan tidak berjaya dilaksanakan.

Menurutnya lagi, kekurangan dalam aksi pukulan sudut penalti diperhatikan bagi kebanyakan pasukan yang bertanding di SUKMA.
Dharmaraj merupakan jurulatih wanita yang berjaya membantu 7 para pemain hoki negara beraksi di kelab luar negara seperti di Scotland, Itali dan Jerman.
Antaranya seperti Farah Ayuni Yahya iaitu penjaga gol negara yang menyertai kelab dari England East Grinstead yang memiliki ramai pemain bertaraf dunia.

Selain dari isu pukulan sudut penalti, Dharmaraj juga mendapati pemain simpanan tidak digunakan sebaiknya dimana kebanyakan pasukan mengekalkan pemain sama untuk memenangi perlawanan.
Beliau berharap agar jurulatih-jurulatih memberikan perhatian serius terutama pada kemahiran asas supaya dapat meningkatkan lagi tahap hingga beraksi ke peringkat tertinggi.

Sumber :-MalayMail

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)