LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Denmark juara Piala Thomas 2016, apa yang perlu kita pelajari

Selepas 2 tahun yang lepas, Jepun mencipta kejutan menjuarai Piala Thomas buat kali pertama, tahun ini Denmark pula mencatat sejarah.
Kejayaan menjuarai Piala Thomas buat pertama kali dalam sejarah menjadi kejutan terbesar dalam dunia sukan badminton tahun ini.

Kejayaan menundukkan barisan pemain badminton Indonesia dengan keputusan 3-2 di Pusat Sukan Kunshan,China membuka lembaran baru sejarah badminton dunia.
Dalam perlawanan akhir itu, Denmark berjaya memenangi perlawanan berpasukan ini melalui ketiga-tiga barisan perseorangan mereka. Perseorangan pertama menyaksikan pemain Viktor Axelsen menumbangkan pemain veteran Indonesia Tommy Sugiarto dengan keputusan 21-17, 21-18.
Beregu pertama Denmark, Mads Pieler Kolding/Mads Conrad Peterson tumpas kepada beregu utama Indonesia Mohd Ahsan/Hendra Setiawan 18-21, 13-21.
Perseorangan kedua Denmark, Jan O Jorgensen mendapatkan mata kedua menumpaskan Anthony Ginting 21-17, 21-12.
Barisan kedua Indonesia Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi menyamakan kedudukan dengan menumpaskan Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen 21-16, 21-14.
Perseorangan ketiga Denmark Vittinghus sekali lagi menjadi wira apabila menumpaskan lawan, Ehsan Maulana Mustoffa dengan keputusan 21-15, 21-7.

Vittungham, wira badminton Denmark
Vittunghus, wira badminton Denmark

Tahniah kepada pasukan Denmark yang sebelum ini menumpaskan Malaysia di separuh akhir. Apa yang pasukan badminton Malaysia boleh jadikan pengajaran pada kejohanan ini? Berikut merupakan pandangan kami di ligakampung.com :-

1) Perancangan 2 tahun sudah boleh bermula dari tahun ini. Kita perlu realistik bahawa Lee Chong Wei, Tan Boon Heong/Koo Kien Keat sudah tiada untuk kejohanan 2 tahun akan datang. Malahan, kudrat Chong Wei Feng juga sudah tidak boleh diharapkan untuk kejohanan akan datang.
Kalau kita lihat, barisan pemain perseorangan Denmark ini memang kuat. Viktor Axelsen menghuni tangga ke 4 dunia. Secara jujurnya ketika pertarungan dengan Lee Chong Wei tempohari menyaksikan beliau hampir setanding dengan pemain utama negara itu. Cuma pengalaman yang menyaksikan Lee Chong Wei berjaya memenangi perlawanan itu.
Sebaliknya pemain pelapis negara masih belum mampu menandingi Lee Chong Wei dan tiada pemain selain Chong Wei yang berada di kelompok 10 dunia. Pasti ia bukan petanda yang baik.Dalam tempoh singkat ini, Iskandar Zulkarnain, Zulfadli, Goh Soon Huat, Soo Teck Zhi serta pemain pelapis lain membuktikan kemampuan mereka.
Sekiranya mereka mampu menjadi pemain yang berada dalam ranking 20 terbaik dunia, mungkin ia petanda terbaik walaupun tidak mencukupi. Kalau kita lihat, pemain Denmark lain seperti Jan O Jorgensen, Vittinghus merupakan pemain kelompok 20 dunia.
Selain itu, barisan beregu negara juga perlu diperbaiki. Selain Goh V Shem/Tan Wee Kiong hanya Tan Boon Heong/Koo Kien Keat yang menjadi harapan. Sudah pasti 2 tahun lagi gandingan veteran negara itu akan hilang dari barisan pemain Piala Thomas 2016. Pemain seperti Chooi Kah Ming/Ow Yao Han perlu bangkit untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh gandingan veteran negara.

2) Mencari pemain yang boleh diketengahkan. Kita mempunyai pemain yang hebat di taraf junior tapi kebanyakan hilang bila berada di tahap senior. Ia berlaku pada beberapa pemain seperti Arif Latif dan dikhuatiri Zulfadli Zulkifli bakal terjunam juga. Perkembangan pemain ini perlu dipantau oleh pihak berkaitan. Bagi syarikat professional, mereka juga perlu bertanggungjawab dan bukan hanya menyalahkan kepada BAM.
Mereka perlu menjadi pesaing bagi menghasilkan pemain terbaik untuk negara. Mungkin BAM juga perlu bersikap terbuka dalam pemilihan para pemain. Sekiranya pemain dari BAM tidak bagus, beri peluang kepada pemain professional.

3) Pemain yang bakal bersara seperti Lee Chong Wei , Koo Kien Keat perlu memberikan tunjuk ajar kepada barisan pemain muda negara. Mereka perlu mencari kelemahan yang berlaku pada para pemain negara dan memperbetulkannya. Cuba juga cari formula terbaik yang dilakukan oleh Denmark dan Jepun yang berjaya menghasilkan pemain muda berbakat. Mereka bukan hanya menghasilkan satu pemain sebaliknya ada beberapa lagi pemain yang boleh mengisi kekosongan.

Itu serba sedikit pendapat kami di Ligakampung.com selaku antara para peminat sukan badminton. Walaupun seperti nampak sukar untuk pasukan badminton negara menjulang Piala Thomas pada tahun 2018 tapi ianya tak mustahil. Cuba kita tengok, adakah sebelum ini kita pernah terfikir Denmark dan Jepun berjaya menjulang Piala Thomas? Pasti ramai yang tidak menjangkakannya. Namun ianya terhasil dari pemain-pemain yang dihasilkan oleh negara masing-masing.
Semoga ada sinar dan Piala Thomas dapat kembali ke Malaysia selepas kali terakhir ianya dilakukan pada tahun 1992. Sudah terlalu lama.

Selain itu, pasukan badminton negara juga perlu memperkukuhkan skuad wanita negara. Walaupun teramat sukar namun tidak mustahil kerana kita mempunyai pemain perseorangan wanita yang berjaya menjuarai di kejohanan peringkat junior iaitu , Goh Jin Wei. Mungkin ia boleh membantu skuad Uber pada 2 tahun akan datang.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)