Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Demi Malaysia Lagu Rasmi atlet negara sempena Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Jepun

Demi Malaysia merupakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh tiga artis popular tanah air iaitu Datuk Awie, Jaclyn Victor dan Naim Daniel.
Kementerian Belia dan Sukan telah memperdengarkan lagu tersebut yang diilhamkan daripada semangat juang atlet negara yang bakal beraksi pada kejohanan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo yang bermula 23 Julai ini.

Lagu hasil ciptaan Zimi dan lirik oleh Jerry itu akan dijadikan lagu semangat bagi mengiringi termasuk atlet Sukan Paralimpik 2020 yang akan memulakan aksi pada 24 Ogos hingga 5 September

Tajuk : DEMI MALAYSIA
Lagu : Zimi
Lirik : Jerry
Artis : Dato Awie/Jaclyn Victor /Naim Daniel
Producer : Zimi
Music Arranger : Zimi/Koh
Mixing/Mastering : Koh

Lirik:
Bersama kita
Menempuh jalan ini
Bangkitlah bersemangat tegarkanlah
Jiwa kita semua

Terus melangkah
Menghadapi segala rintangan teguh bersama
Berdepan dengan agenda dunia

Kita masih disini
Cekal utuh berdiri
Bersama mengharungi…

Demi Malaysia
Demi Malaysia
Tanah tumpah darahku
Biarkan dunia tahu

Demi Malaysia
Demi Malaysia
Tanah tumpah darahku
Takkan terluntur semangat semua..

Dikuasakan Oleh: KBS Malaysia

Semoga ia akan menjadi pembakar untuk atlet negara.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)