Demam hari ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kurang sihat. Mungkin juga disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ada beberapa konflik yang dialami. Tapi terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Memang kalau demam sukar untuk nak menumpukan pada kerja, hidung yang tidak selesa menganggu sistem pernafasan. Sukar untuk menghirup oksigen dalam pejabat. Nak tidur bahaya plak.. Almaklumlah saya ni bukanlah pekerja kesayangan boss, malahan antara yang tidak disukai oleh beliau. Apa taknya, saya bukan kaki kipas.. Jadi kenalah terima dengan keadaan organisasi yang begini.

Walaupun demam tetap juga datang ke opis. Hari n biasa je.. Karenah birokrasi terpaksa dilayan.. Dan tengahari pula ada taklimat mengenai penggunaan telefon. Macammana nak ‘tarik panggilan, ‘telefon antara jabatan’ dan sebagainya. Tapi tak dapat nak tumpu sebab gegendang telinga tak mampu menangkap bait-bait perkataan tukang cakap.

Pulang ke rumah awal lagi hari ni. Jam 4.59 telah di punch. Nasib baik perasan, terpaksa mem’punch’ sekali lagi. Kang tak pasal-pasal punch card bertukar dari kuning ke hijau plak nanti.. Tak moh.. Memang tidak selesa sekali dengan keadaan ini tapi sampai je rumah terus ke belakang. Nak tengok kolam ikan samada telah berisi atau tidak.. Alamak belum lagi lah.. Tak dapat le saya nak cerita panjang.. Kita tengoklah camne ye.. Jangan lupa ‘follow’ blog ni ye..
Sempat gak ambil gambar..


Gambar di depan bakal kolam ikan.. Gambar diambil oleh BDFabregas yang masih amatur memegang kamera.. TU yang muka blur tu.. Takpelah si Zool tu bukan hensem pun..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1117
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Demam hari ni”

  1. Waaa…besar gakk kolam ikan tu yee…..nanti biler dah berisi…sure asyik mengadap ikan jeee

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ikan ni sumber terapi.. aku penah baca mana ntah. tgk liang liuk ikan dpt memberi ketenangan

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    demam2 pun sempat ko menjenguk kolam ikan eh. hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala takkan nak tido je

    Reply

  3. mariaNo Gravatar says:

    petua nak hilangkan demam…kerapkan mandi (3 or 4x sehari) and banyakkan minum air (jgn lupa makan ubat). InsyaAllah cepat sembuh..

    Reply

Leave a Reply