Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Berjumpa lagi kita diruangan tanaman herba.. He he he.. Cam rancangan ‘Pop Kuiz ‘ plak..
Topik kali ni saya akan berbicara tentang satu tanaman yang kini sedang ditanam oleh saya.. Cuba lihat gambar di bawah..

Mesti ramai yang mengenali dengan daun saderi ini terutamanya penggemar sup kerana ianya merupakan bahan yang mesti ada bagi menambahkan lagi aroma dan citarasa sup-sup.. Sebenarnya di rumah saya memang ada ditanam daun saderi untuk kegunaan sendiri…Adalah dalam 8 bekas dan insyaallah akan ditambah beberapa lagi untuk melihat kebagusan baja vermikompos… Jom baca serba sedikit maklumat mengenai daun saderi ni.
Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria..
Penanaman
Beli Daun Saderi dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun saderi itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 – 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.
Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.l
Sumber : ms.wikipedia.org..
Rasanya cukup setakat ini sedikit info mengenai daun saderi ni.. Kalau anda ada resipi yang menggunakan daun saderi selain dari bahan sup boleh berkongsi di sini.. Mungkin ada idea-idea baru yang dapat dikongsi bersama..
RSS Feed
Twitter



August 13th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


salam zool..
am nak tanya salery dengan saderi sama ke.. gini am cukup suka minum just salery dengan epal hijau.. tambah gula sikit kalau suka.. minum sejuk best gile.. tapi tak tau pulak khasiatnya.. bak kata orang.. jaga kulit.. hehe..
Reply
ehm..sedap ye wat jus. Macam nak try aje..
Reply
tunggu rumah kampung siap, pas tu … macam-macam le aku tanam
Reply
ya betul! tanpa daun neh memang sup jadik tak sedap la. especially sup ekor. hehe
Reply
Daun ni la pelengkap sup..tak kiralah even soup sayur sekali pun.Hehe…
Dalam peti sejuk saya wajib ada daun ni
Reply
komp dh ok ke?
Reply
am –> rasa2nya cam sama je…
titan –> tak tau plak boleh buat jus.. mesti cam jus pegaga kan..
azwan –> bagus2 petani moden..
Knizam –> memang penting sekali..
shila –> wah bagus2.. boleh jadi customer saya satu ari nanti..
syia –> PC baru anto kedai semalam.. tengoklah bile dia boleh siap
Reply
daun saderi ni memang sedap ditambah dalam sup, juga dalam bubur nasi. ‘Orang Rumah’ suka sangat daun nih.. Kalau pi kat pasaraya tuh jumpa daun sup sure dia cium dulu bau…kot2 kena daun saderi, pasti sambar terusnya…
Reply
NR Yummie –> nanti bila dah banyak aku tanam ko boleh beli dari aku……..
Reply
wow,my first time tengok daun saderi
Reply
Berapa lama masa diambil untuk daun sup tumbuh dengan jayanya..??
Reply