Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Daun Saderi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Berjumpa lagi kita diruangan tanaman herba.. He he he.. Cam rancangan ‘Pop Kuiz ‘ plak..
Topik kali ni saya akan berbicara tentang satu tanaman yang kini sedang ditanam oleh saya.. Cuba lihat gambar di bawah..
Photobucket
Mesti ramai yang mengenali dengan daun saderi ini terutamanya penggemar sup kerana ianya merupakan bahan yang mesti ada bagi menambahkan lagi aroma dan citarasa sup-sup.. Sebenarnya di rumah saya memang ada ditanam daun saderi untuk kegunaan sendiri…Adalah dalam 8 bekas dan insyaallah akan ditambah beberapa lagi untuk melihat kebagusan baja vermikompos… Jom baca serba sedikit maklumat mengenai daun saderi ni.

Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria..

Penanaman
Beli Daun Saderi dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun saderi itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 – 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.
Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.

l

Sumber : ms.wikipedia.org..

Rasanya cukup setakat ini sedikit info mengenai daun saderi ni.. Kalau anda ada resipi yang menggunakan daun saderi selain dari bahan sup boleh berkongsi di sini.. Mungkin ada idea-idea baru yang dapat dikongsi bersama..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 127
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

10 comments to Daun Saderi

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>