Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya yakin ramai dari kita yang pernah makan ataupun melihat daun pegaga.. Ianya merupakan sejenis tumbuhan ulam yang tidak meninggi sebaliknya menjalar di tanah terutama bagi masyarakat kampung. Bagi sesiapa yang tak mengenali pegaga boleh tengok gambar dibawah ni
Daun Pegaga

Sumber Gambar : Kedai Siber

Memang diakui ianya sedikit sebanyak telah mula dilupakan.. Maklumlah ulam-ulaman ini kurang menjadi pilihan oleh remaja-remaja sekaran yang lebih minat dengan makanan segera.. Namun rasanya masih ramai yang minat dengan ulam ni termasuk saya..

Okay bercerita sedikit info mengenainya..

Jenis Pegaga

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata. Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei

Khasiat

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Antara khasiat lain pegaga adalah:

* Penawar alahan
* Anti kanser
* Melawaskan air kencing
* Penawar batu karang
* Penawar kencing berdarah
* Penawar ulser
* Merangsang peredaran darah
* Merawat cirit birit
* Menurunkan tekanan darah

Sumber : WIkipedia

.

Panduan Menanam Pegaga

Pegaga ditanam dengan menggunakan sistem batas dengan jarak tanamannya 20 cm x 20 cm. Walaupun ia boleh tumbuh dibawah cahaya matahari tetapi kebanyakan jenis pegaga perlu kawasan yang redup dan tanah lembap.

PENUAIAN Pegaga

Pegaga boleh dituai mengikut umur matang iaitu dalam lingkungan 60-90 hari. Semasa menuai, tanah dilonggarkan dahulu dengan menggunakan tangan sebelum pokok dicabut atau dipotong sahaja pokok dan tinggalkan akarnya kerana ia boleh diguna semula.

Sumber dari :- Pertanian Manjung

Kebiasaannya di rumah si Zool pegaga digunakan bagi masakan lemak..Tapi boleh juga dimakan begitu saja. Tapi kena basuh lah dulu nanti ada plak kena kuman plak..

Selain itu ianya boleh dijadikan sebagai ‘jus’ dengan mem’blender’ pegaga tersebut. Tapi saya tak pernah cuba lagi (rasanya ada dikomersialkan ) ..

Kepada sesiapa yang ingin melakukan penanaman taman dapur (edible garden), rasanya pegaga ini sesuai untuk dijadikan sebagai landskap memandangkan ianya tidak tinggi sebaliknya hanya menjalar di tanah.

Di rumah si Zool pun dah tak nampak lagi pegaga buat masa ini. Mungkin akan mencari sedikit masa untuk menanamnya kembali bagi menyerikan kembali tanaman rumah ni.

Sekian..

p/s : Entri lama ini dipublish pada 8 Mac 2009 dan saya terasa ingin meletak kembali ke hadapan page dengn sedikit penambahan pengisian. Dan mungkin nak kembali ke arena pertanian yang ditinggalkan.

** Khasiat pegaga ini diperolehi melalui internet, jika ingin kepastian rujuk pada pakar-pakar kesihatan yang terlatih. Khasiat yang dinyatakan dalam entri ini belum tentu menjamin anda sembuh dari penyakit-penyakit yang dinyatakan seperti diatas.