Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Lama betul tak bercerita tentang perihal tanaman yang pernah terdapat di kampung. Almaklumlah, situasi malas melanda sehinggakan agak lama tidak mengeluarkan peluh mencangkul di belakang rumah. Menulis entri berkenaan tumbuhan mungkin mampu memberikan sedikit motivasi untuk melakukan kerja-kerja berbakti pada tanah.
Pernahkah anda mendengar dan melihat daun pandan? Bagi mereka yang tinggal di kampung dan rajin ke dapur pasti pernah melihat daun pandan yang tumbuh di halaman rumah. Cuba lihat gambar di bawah untuk kepastian.
Mungkin gambar tersebut memberi sedikit gambaran kepada anda tentang daun ni. Sambil tu layankan info ni dulu :-
Pandan atau nama botani Pandarus adorus merupakan sejenis tanaman yang tumbuh tegak ke atas. Daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam dihujung. Warnanya hijau tua dipangkal dan hijau muda dihujung dan berbau wangi. Ianya digunakan dengan meluas dalam bidang masakan di Malaysia terutama hidangan nasi dan kuih.
Sumber :- Wikipedia
Bercerita tentang daun pandan, ianya memang terdapat di rumah si Zool (tak ambil gambar sebab entri ni di publish malam. Tak sempat ambil) untuk kegunaan masakan harian. Antara masakan yang selalunya menggunakan daun pandan ini adalah seperti bubur kacang, bubur pulut hitam, kari dan kuih-kuih. Selain itu, terdapat juga pati sirap yang dimasak dengan campuran pandan.
Selain dari dalam masakan, daun pandan kini menjadi lebih berguna. Terdapat juga produk-produk kecantikan dan kesihatan dihasilkan dengan menggunakan ekstrak daun pandan. Selain itu, kekuatan bau daun pandan juga memberikan kesegaran sekaligus menjadi bahan pewangi badan atau pewangi rumah. Bukan hanya sebagai bahan pewangi, keunikannya digunakan untuk menghalau serangga perosak seperti lipas. Hebat kan penangan daun pandan ni.
Okay, cukuplah untuk entri kali ini. Daun pandan ni juga boleh dijadikan sebagai salah satu tanaman untuk ‘edible garden’. Sekiranya anda mempunyai info-info mengenai daun pandan, apa kata kongsikan bersama di sini. Mungkin boleh memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian.



Visiting here my friend..Nice..My latest in innit 4 today Haha..
Reply
Sila lawat blog sy berkaitan satu khasiat pandan..
Reply
kinda curious. does the pandan flavour smell like the pandan leaves?
Reply
zool
Reply:
July 9th, 2010 at 12:07
yup.. it smell like pandan leaves..
Reply
buh dale beras mase nanok nasi sedak..buat nasi lemak perghhh..
pulau pandan jauh ketengah..
Reply
Salam saudara Zool,
Pandan yg dlm gambar tu memang pokok pandan tapi bukan jenis pewangi dlm masakan seperti nyatakan, jenis yg dlm gambar tu digunakan sebagai pewarna hijau asli dlm resepi kuih-muih contohnya kuih bakar, seri muka atau sebagainya. Ia juga selalu ditanam sebagai pokok hiasan. Harap maklum
Reply
zool
Reply:
July 10th, 2010 at 21:36
tq for info.. kadang2 kita tak tau… jadi sama-sama membetulkan ..:)
Reply