Daun bawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Jika sebelum ini saya pernah bercerita tentang daun saderi, entri kali ini akan bercerita dengan satu lagi tumbuhan yang ada kaitan dengan ramuan-ramuan sup.. Mungkin ada yang tertanya adakah si Zool peminat atau pandai memasak sup? Jawapannya ya dan tidak.. Saya bukan lelaki yang rajin memasak, tapi bolehlah sikit-sikit nak masak tu..

Apa tu daun bawang?

Daun bawang merupakan jenis sayuran dari kelompok bawang yang banyak digunakan dalam masakan. Seperti yang dinyatakan daun bawang sering digunakan dalam sup, murtabak dan untuk hiasan makanan.. Baunya akan menimbulkan selera pada hidangan.. Tak caya tanya pakar makanan seperti KNizam..

Tanaman daun bawang
Sebenarnya tidak susah untuk menanam daun bawang ni.. Kalau nak senang anda boleh dapatkan di nurseri berkaitan atau yang dekat boleh dapatkan yang dah siap di rumah saya… Tapi caranya tidak sesusah mana pun.. Anda boleh menggunakan bawang merah yang dibeli dikedai runcit Ah Heng berhampiran. Pastikan ianya masih gagah (belum layu atau busuk) dan tanam ia dalam pasu …Pastikan tanah itu lembap dan untuk lebih bagus lagi ditambah 1 camca baja kompos cacing ( kalau nak baja boleh contact).. Pastikan jirus air sekurang-kurangnya 1 hari sekali dan maksima 3 kali sehari (jangan terlalu lembap nanti bawang akan reput)…
Mudah bukan .. Cuba tengok gambar di bawah.. Merupakan daun bawang yang meliang liuk panjangnya..
Daun bawang 2Daun Bawang

Menuai hasil
Sebenarnya kalau ikut teori dalam 30 hari anda boleh menuai hasil tapi tengoklah camnekan.. Kalau daun tu dah panjang dan baunya telah naik, boleh le ambil.. Tapi satu peringatan, kalau nak menggunakan daun sebagai masakan, potong sahaja dengan gunting atau pisau jangan cabut keseluruhan daun tersebut… Ambil daun sahaja kerana yang selebihnya akan kembali membesar kembali…

Antara resepi daun bawang :-
Daging Halia Daun Bawang
Resepi Kue Daun Bawang

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :4405
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

11 Responses to “Daun bawang”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    perghhhh ko memang ada kebun ke eh ?
    bagus la camni. hehe :)

    Reply

  2. smaelzNo Gravatar says:

    wah.. kebun tepi rumah tuh.. bagus2.. kerna mengamalkan saranan kerajaan..

    Reply

  3. zoolNo Gravatar says:

    KNIzam –> takdelah aku tanam guna pasu je.. Belum ada kemampuan nak buat kat kebun…
    smaelz –> huhuhuhu.. tq.. bukan setakat sahut seruan kerajaan.. boleh kurangkan pengantungan pasar..

    Reply

  4. Mohd IsmailNo Gravatar says:

    rajinnya ko cover pasal daun bawang =) aku sampai skang xde minat ngan sayur2 atau seumpamanya..

    Reply

  5. abgjasNo Gravatar says:

    Salam Zool,
    Hebat dan rajin Zool nih…Semua hal ehwal daun tu, amatlah cetek pengetahuan abgjas. Tahu makan lah mungkin.. Abg kenal daun saderi melalui arwah nenek abgjas.

    Hmmm..lu tukar PM nanti, dia masih nak promo pertanian ke agaknya ya?

    Reply

  6. abgjasNo Gravatar says:

    pembetulan:
    Hmmm…klu tukar PM nanti, dia masih nak promo pertanian ke agaknya ya?

    Reply

  7. megatNo Gravatar says:

    pelengkap masakan sup. xde daun bawang terasa tak best eheh. aku suka masak sup.

    Reply

  8. NorhafidzNo Gravatar says:

    aku minat gak tanam2 sayur ni, cume kat umah sewa ni takde tempat nak tanam, kalo kat kampung tu ade la tanam2 sket..huhuh..thanks for the tip

    Reply

  9. applebloggerNo Gravatar says:

    erks..rajin tul cerita pasal sayur-mayur nih. Maklumlah, tanam kat sekitar rumah. :)

    Reply

  10. zoolNo Gravatar says:

    mohdismail –> ala aku tulis benda disekeliling aku je.. senang..
    abgjas –> saya pun bukan bijak amat pun.. cuma belajar2 sikit… lagipun duduk umah besarkan perut je , baik layan2 sikit tanam2 ni. mana tau ada peluang boleh layan pasar tani.. tak kisahlah sapa PM pun.. yang penting kita nak buat ke tak… Jabatan Pertanian Melaka sekarang buat promo jual benih.. Nak gi cariklah..
    megat –> bagus tu.. nanti kalau datang Jasin, Melaka boleh aku bagi dalam sehelai dua..
    Norhafidz –> ala beli yang dah siap dengan pasu.. Layan siram je..
    appleblogger –> idea mudah.. apa yang kita buat dikongsi bersama..

    Reply

  11. suburNo Gravatar says:

    wau daung ku juga tanam tapi kemana ya ngejual daun bawang supaya harganya bagus ku lom tau ni

    Reply

Leave a Reply