Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan dan dikenakan denda keseluruhan RM39,000 gara-gara kenyataan beliau yang menyentuh pentadbiran FAM sebelum ini. Hukuman itu berkuatkuasa selepas surat rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam tempoh 14 hari.
Hukuman itu diputuskan selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang memutuskan bahawa Shahidan melanggar Artikel Statut 88, Sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Shahidan tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti bolasepak dan secara automatiknya hilang status sebagai Presiden PFA.

Sumber :- SInarHarian

Pasti ia sedikit sebanyak akan mengugat prestasi pasukan bolasepak Perlis yang baru je nak meningkat di Liga Premier. Dan nampaknya kuasa veto FAM sekali lagi mengugat kepimpinan untuk mengkritik pentadbiran FAM. Agak menyedihkan kerana Datuk Seri Shahidan adalah antara nama besar dalam kepimpinan bolasepak dan mungkin selepas ini kepimpinan beliau dalam sukan ini akan terkubur.
[ Datuk Seri Shahidan hutang Along demi pasukan Perlis }

Apa pula pendapat anda? Adakah bersetuju atau tidak dengan keputusan FAM ni?

Sekian

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)