Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Datuk Ong Kim Swee Dilantik Ketua Jurulatih Sementara

Rasanya semua sedia maklum bahawa ketua jurulatih Harimau Muda A iaitu Datuk Ong Kim Swee akan menjadi ketua jurulatih sementara skuad bolasepak senior Malaysia. Hari ini, secara rasminya beliau akan memegang tugas sebagai pengendali sementara skuad Harimau Malaya. Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan bahawa jurulatih kelahiran Melaka itu bakal membimbing skuad bolasepak ngara sehingga perlawanan terakhir kumpulan D di pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen di Dubai , UAE pada awal bulan depan.
kim swee
Pelantikan Ong Kim Swee dibuat memandangkan faktor kesuntukan masa mencari jurulatih baharu lebih-lebih lagi selepas percubaan untuk mendapatkan bekas pengendali pasukan kebangsaan Jepun dari Perancis, Philippe Troussier menemui jalan buntu.

Menurutnya juga telah terdapat 42 senarai pendek calon untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya. Walaubagaimanapaun FAM tidak menetapkan tempoh terakhir untuk mencari ketua jurulatih baharu memandangkan tiada perlawanan penting selepas pertemuan dengan Yemen pada masa terdekat nanti. Malahan perlawanan persahabatan terdekat pun hanya menentang Filipina pada 1 Mac dan selepas itu Singapura pada bulan Ogos nanti. Jadi, mungkin seeloknya tahun ini keperluan tidak terdesak untuk mencari ketua jurulatih baharu.

 

Ong Kim Swee pula menyatakan bahawa beliau yakin untuk mengendalikan pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda dalam satu-satu masa memandangkan beliau mempunyai khidmat staf sokongan untuk skuad kebangsaan. Beliau juga yakin pembantu jurulatih skuad Harimau Muda yang baharu, Rusdi Suparman mampu membimbing skuad Harimau Muda dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL), Queensland di Australia bermula awal depan. Berbeza dengan ketua jurulatih sebelum ini, Ong Kim Swee mensasarkan untuk menaikkan kembali ranking skuad Harimau Malaya yang kini berada dalam kedudukan ke 154 dunia selain mencatatkan kemenangan ke atas Yemen bagi menghidupkan kembali sisa peluang untuk ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia. Walaupun tipis namun kemenangan setidak-tidaknya dapat memperbaiki ranking skuad Harimau Malaya yang semakin merudum ketika ini.
BERNAMA

Saya yakin dengan iltizam yang disasarkan oleh Datuk Ong Kim Swee. Walaupun terpaksa buat 2 kerja dalam satu masa tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Lagipun pada tahun ini tiada kejohanan penting yang memerlukan perhatian khusus dari ketua jurulatih. Walaubagaimanapun, diharap pihak FAM perlu juga mencari ketua jurulatih untuk skuad Harimau Malaya. Jurulatih tersebut perlu mempunyai kelayakan dan kredibiliti yang baik selain mempunyai matlamat jelas. Jangan berlaku lagi kes seperti kes Philip Troussier ni. Belum apa-apa dah banyak ‘demand’ yang tak masuk akal.

Sekian

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Datuk Ong Kim Swee Dilantik Ketua Jurulatih Sementara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)