Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Datuk Lee Chong Wei menjuarai kejohanan Super Siri Terbuka India 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi kejuaraan Super Siri yang ke 31 setelah memenangi Super Siri Terbuka India sebentar tadi. Beliau yang merupakan wakil tunggal negara ke akhir telah menumbangkan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam rubber set 21-15, 18-21, 21-17.

Chong Wei telah memenangi kejuaraan ini pada tahun 2011 tetapi tumpas pada tahun lepas pada pemain Korea Selatan, Shon Wan Ho. Pada perlawanan akhir kali ini Lee Chong Wei berjaya menumbangkan pemain muda Jepun dalam perlawanan yang berlangsung kira-kira 1 jam. Perlawanan antara Chong Wei dan Kenichi Tago memang mendebarkan dimana pemain Jepun itu memberi tentangan yang cukup sengit.

Kejohanan ini sekali lagi menunjukkan bahawa negara lain telah mempunyai pemain yang mampu menyaingi pemain no 1 dunia itu. Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang sekali lagi membanggakan negara.

Keputusan perlawanan akhir badminton Super Siri Terbuka India 2013

Beregu campuran

Ahmad Tontowi/ Natsir Liliyana vs Ko Sung Hyun/ Kim Ha Na 21-16, 21-13

Beregu Wanita

Miyuki Maeda/ Satoko Suetsuna vs Christinna Pedersen/ Kamilla Rytter Juhl 12-21, 23-21. 21-18

Perseorangan Wanita
Ratchanok Intanon vs Juliana Schenk 22-20, 21-14

Perseorangan Lelaki
lee-chong-wei-kenichi-tago
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago 21-15, 18-21, 21-17

Beregu Lelaki
Liu Xialing/ Qui Zihan vs Ko Sung Hyun/ Lee Young Dae 22-20, 21-18

Sekian.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Datuk Lee Chong Wei menjuarai kejohanan Super Siri Terbuka India 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)