LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong ditabal Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pemain badminton no 1 negara dan penerjun wanita no 1 negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012. Ini berdasarkan pencapaian cemerlang kedua-dua ikon sukan negara pada peringkat antarabangsa sepanjang tahun lalu.

Kedua-dua atlet itu bakal menerima wang tunai sebanyak RM20,000. Ini merupakan kali keempat Datuk Lee Chong Wei memenangi anugerah tersebut bermula pada 2005, 2008 dan 2011. Beliau yang juga merupakan pemain nombor satu dunia juga memegang rekod selama 40 bulan di tampuk pemain terbaik badminton sejak September 2008 hingga Jun 2012.Paling membanggakan apabila beliau meraih perak pada Sukan Olimpik 2012 yang lain.


wei

Bagi Olahragawati 2012, Pandelela berjaya menyumbang gangsa pada Sukan Olimpik 2012. Selain itu beliau juga menyumbangkan pingat gangsa pada kejohanan Fina/Media Diving World Series dan menduduki tempat keempat pada kejohanan Terjun Dunia FINA 2012 di Moscow.

Sumber :- Sinar Harian

Tahniah kepada 2 atlet negara ini. Mereka memang berhak untuk menerima anugerah ini.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong ditabal Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)