Home » Uncategorized » Datuk Lee Chong Wei akan terus bermain sehingga 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Walaupun sedih setelah tidak mampu mencapai matlamat mendapatkan pingat emas untuk negara namun pemain no 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei tetap akan bermain sehingga tahun 2014. Beliau yang kini telah berusia 30 tahun tumbang kepada jaguh dari China, Lin Dan. Sememangnya perlawanan akhir badminton Olimpik 2012 ini menjadi satu lagi perlawanan epik yang akan dikenang dalam sejarah badminton membabitkan Lee CHong Wei dan Lin Dan.
Datuk Lee Chong Wei secara terbuka memuji pemain dari China itu
lee chong wei pingat
upload pictures

“Saya rasa ia nasib saya bermain di era yang sama bersama Lin Dan dan saya hanya dapat memujinya. Beliau telah bekerja keras untuk kekal sebagai juara.
“Tetapi ini bukan perlawanan terakhir saya kerana saya akan bermain untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Saya mahu menang pingat emas di Sukan Asia dan mempertahankan kejuaraan Sukan Komanwel di tahun 201

Sumber :- ESPNSTar
Sememangnya bukan satu tugas mudah bagi beliau untuk bangkit. Apapun diharap beliau mampu menebus kekalahan ini dengan menjuarai kejohanan-kejohanan Super Siri atau mendapatkan pingat emas di Sukan Asia 2014. Semoga lagenda badminton ini akan terus menyinar sebelum hari persaraan beliau.

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :576

5 thoughts on “Datuk Lee Chong Wei akan terus bermain sehingga 2014

  1. DenaihatiNo Gravatar says:

    tahniah untuk beliau berjaya beri malaysia 1 perak. beliau dah buat yg terbaik.

    Reply

  2. daddydeeNo Gravatar says:

    Beliau memang atlet sejati…Atlet lain patut contohi semangat beliau…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang cukup hebat walaupun dalam kesakitan masih mampu bermain bermati-matian

    Reply

  3. Datuk Lee Chong Wei akan terus bermain sehingga 2014 | Blog Zool Ligakampung. says:

    [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Datuk Lee Chong Wei akan terus bermain sehingga 2014 | Blog Zool Ligakampung. [...]

  4. titanNo Gravatar says:

    takpe. selagi lom 35 tahun, chong wei tak harus gantung raket. kutip je duit banyak-banyak. hoho..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge