Assalamualaikum semua.. Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..
Jika sebelum ini saya berasa bengang di kelentong oleh seorang kawan namun hari ni saya telah sedikit memahami situasi tersebut. Dan nampaknya BD juga telah mula membantu dalam menulis kembali klip-klip bolasepak terkini.. Nampaknya pemasangan ASTRO oleh abang saya mungkin akan membantu dalam mencari idea-idea terbaru dalam blog ini.
Nampaknya hari ini saya ingin ubah sedikit topik.. Dari topik berkisar emosi, pengalaman, bolasepak, saya cuba untuk menulis sedikit sebanyak tentang isu yang berada dalam lingkungan kawasan saya iaitu di negeri Melaka..
Mungkin ada yang tidak mengenali dengan bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Zaini bin Mohd Noor seorang pemimpin yang berkaliber dari Melaka.. Keupayaan beliau mengubah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah menjadi sebuah PBT yang disegani memang mengkagumkan.. Dalam tempoh kurang dari 5 tahun beliau mengubah status PBT kepada PBT no 1 di Malaysia.. Sudah semestinya perpindahan beliau ke Perbadanan Sisa Pepejal di Kuala Lumpur akan memberi sedikit perubahan kepada MBMB.. Namun seperti kata pepatah, ‘ patah tumbuh hilang berganti ‘ . Sudah pastinya pengganti beliau bukan calang-calang orangnya.. En Yusof bin Jantan, bekas pengurus besar Yayasan Melaka secara rasminya telah dilantik pada 11 Februari 2008 .. Upacara angkat sumpah yang diadakan di Dewan Seri Negeri telah berjalan dengan lancarnya.. Walaupun mungkin berbeza gaya namun sudah semestinya Datuk Bandar yang baru akan meneruskan kesinambungan untuk memastikan MBMB terus kukuh sebagai Bandaraya terbaik di negara.. Semoga beliau dapat melaksanakan tugas dengan baik..

p/s : Camne agaknya artikel saya hari ini?? Harap-harap tidak membosankan.. Almaklumlah ianya lebih berkisar tentang kisah negeri saya..
Tags: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka, perpindahan Datuk Bandar MBMB









February 18th, 2008 at 2:10 am
tak bosankan langsung..
syia yang dok melake ni.. pun tak tahu penukaran ni.. bagus la atleast tahu jugak updates negeri melake ni
[Reply]
February 18th, 2008 at 3:05 am
ye ke tak bosan??? baru syia sorang je yg komen .. yg lain tak minat pun.
[Reply]
February 20th, 2008 at 7:14 am
Hai…Guys!` saya baru berjinak2 nak bg komen kat blog nih…saper yg empunyer website ni yer…?hehehehhee…boley la kita berkenalan.takkisah boy or gal…asalkan dapat berkongsi story…
al kisah nye cam ner saya boley terjebak masuk kat blog nihh….
citer nyer gini.., 3/3 saya dah nak start kerja di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di KL dan sblm ini sbg PTS di KPKT. CEO Perbadanan dah kenal, iaitu Datuk Zaini. Sblm nak start job baru, sajer jer nak mengenali CEO saya nih melalui internet.hehehehehe…alangkah happy yer saya ramai org yg mengenali Datuk ramai menyatakan yg beliau ini adalah seorg yg berkaliber, tegas, dan semua nyer yg positif2. happy sgt mengenali beliau.
Pertama kali berjumpa beliau di KPKT, alangkah terkezut nyer saya apabila di memberi salam pada sy. bukan aper..,saper lah saya ni hny PTS. Ada pulak org berpangkat besar sendiri memberi salam. Jadi, tidak semua lah org besar2 nih ego. ada yg mulia hati nyer. smoga beliau di senangi oleh smua org.
Waaaahhh…tak sabar nyer nak star job baru….tak lama lagi.hehehehehehe…
[Reply]
February 20th, 2008 at 12:43 pm
dahlia –> datuk Zaini memang best… Walau pun saya cuma mengenali di masa2 meeting sahaja dan tidaklah bertegur tetapi beliau memang seorang yang berkaliber.. Saya yakin Perbadanan Sisa Pepejal akan menjadi agensi yang maju ..
[Reply]
May 15th, 2008 at 12:40 am
Saya bekerja di MBMB, Datuk Zaini bukan dianggap bos tetapi sebagai rakan. Sikap beliau yang merendah diri membuatkan kami semua rasa hormat. Saya harap beliau akan terus maju dan berjaya.
[Reply]