Dapat Komisen Kedua Ashadee.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Agak lama selepas entri menerima komisen pertama dari Ashadee.com. Komisen kali ini lebih tinggi dari sebelumnya.
Walaupun telah menerima 2 komisen tapi nampaknya saya masih belum layak untuk menerima duit dari Ashadee.com memandangkan minima pembayaran adalah RM50.00. Kalau ikutkan jumlah baru RM3+.++ dan perlu lagi RM1+.++ untuk capai angka tersebut.
earning-ashadee

Memang bukan mudah untuk mendapat komisen dari Ashadee.com ni tapi itu sebagai cabaran untuk lebih maju lagi. Mungkin kena belajar lebih banyak untuk berjaya dalam bidang affiliate. Almaklumlah, sebelum ini agak kurang serius dalam affiliate ni. Lebih memberi tumpuan kepada blog sahaja tapi nampaknya bidang affiliate lebih lumayan lagi. Walaupun nilainya tidak tinggi tapi  ia lebih dari hanya menanti pendapatan dari iklan 3rd party.
Jadi kenalah belajar dengan lebih kencang untuk menambah pendapatan dalam bidang online ni. Lagipun melalui pengetahuan didapati ramai yang berjaya dalam bidang affiliate ini sehingga mampu menjana pendapatan yang cukup tinggi. Tak perlu lah sampai dapat ribuan ringgit setiap bulan pun. Cuma harap dapatlah menggunakan pendapatan affiliate tu untuk bayar sedikit sebanyak hutang PTPTN.

Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie)

Hm, dah dapat komisen kedua, lepas ni kena tukar gear untuk lebih lajak lagi untuk mendapatkan duit di Ashadee.com ni…..

Cara Untuk Menjadi Penulis Freelance Berjaya

Okay, cukuplah celoteh sedikit sebanyak hari ini. Bagi yang pakar dalam affiliate dalam Ashadee.com tu bolehlah kongsi-kongsi serba sedikit pengalaman kan..

 

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

3 thoughts on “Dapat Komisen Kedua Ashadee.com

  1. tahniah.

    bukan senang tu.

    tak mustahil sebenarnya. Janji kita dah nampak caranya.

    Teruskan je ye.

    Mesti leh dapat lagi lepas nih.

Leave a Reply