Penyokong bola sepak mungkin dah mula berkira-kira nak ke stadium.Ini berikutan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah berkongsi berita bahawa stadium boleh kembali dimasuki oleh penyokong.
Namun ia perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) yang sedang dirangka. Jumlah penonton yang dibenarkan hanya dengan 10 peratus penyokong yang akan dibenarkan masuk.

Adakah ini petanda baik buat bukan sahaja sukan bola sepak malahan sukan lain. Kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak kerajaan lepas ni..