Dah beli baju raya ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pejam celik tinggal beberapa hari je kita akan menyambut Syawal yang mulia. Pasti ramai yang sedang bersiap-siap untuk menyambutnya. Membeli baju raya adalah kemestian bagi rakyat Malaysia beragama Islam. Ada yang membeli pada awal Ramadhan dan ada yang suka membeli di saat-saat akhir. Ini untuk memastikan pagi Hari raya berada dalam keadaan yang kemas dan sempurna.Pada minggu-minggu terakhir ni pasti kita akan melihat ramai orang berpusu-pusu ke lokasi-lokasi untuk membeli belah seperti kompleks membeli belah, bazar Ramadhan dan sebagainya. Tapi ada juga yang tidak mahu bersesak dan membeli secara online sahaja. Sememangnya banyak kedai online yang menjual baju raya sekaligus memberikan banyak pilihan kepada pengguna di luar sana.


Kredit Gambar :- Jiwarosak

Walaupun membeli baju raya, namun bajet perlulah disediakan dengan tepat. Jangan pula nanti terlebih belanja sehingga membazir pula. Kalau dah ada baju raya tahun lepas yang berpasang-pasang tu bolehlah jengok kembali. Mana tau ia masih boleh digunakan pada hari ini. Tak gitu? Ingatlah tatkala kita sedang sibuk memakai baju raya ada insan yang tidak mampu menukar pakaian hatta ketika di hari bahagia ini. Dan jangan lupa juga kehidupan selepas hari raya.. Nanti sibuk menukar baju raya sampai duit belanja tak cukup pula untuk kehidupan bulan depan pula.

| CARI RESIPI KUIH RAYA ? |

Bagaimana pula dengan anda? Dah beli baju raya ke? Berapa pasang beli?Atau pakai yang tahun lepas punya? Si Zool ingat nak beli jubah sepasang (dengan isteri). Tu pun ingat nak beli kat Mydin Jasin je..Tak payah nak pergi cari kat Bazar Ramadhan yang jauh dan menyesakkan tu.
kurta-jubah-paras-lutut-untuk-lelaki-runcit-borong-p16972a
Macam cantik je kalau pakai jubah ni.. Almaklumlah si Zool bukan jenis yang pakai jubah ni.. Mungkin ada kejanggalan sikit nanti..

Sekian..

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

5 thoughts on “Dah beli baju raya ke?

Leave a Reply