Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tengah syok2 menelaah suratkhabar tetiba terperasan mengenai betapa kurangnya pasaran daging kambing …

Timbalan Ketua Pengarah ( Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar mensasarkan bahawa bekalan daging kambing tempatan mencapai 21 peratus menjelang tahun 2010 berbanding hanya 9 peratus penghasilan daging kambing kini dan bakinya diimport dari luar negara.. Buat masa kini kebanyakan daging import diambil dari Australia, New Zealand, China, Thailand dan Indonesia.
Berita penuh, Utusan
Memang diakui penternakan kambing ini mampu memberikan pendapatan lumayan.. Saya pernah melawat beberapa kandang ternakan kambing.. Berdasarkan maklumbalas didapati bahawa kadar kelahiran kambing memang agak cepat.. Permintaan di pasaran tempatan juga tinggi dan membantu penternak-penternak tempatan mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda. Disebabkan oleh betapa besarnya pasaran tempatan wujud banyak kursus-kursus dan bimbingan untuk sesiapa jua menceburi bidang penternakan kambing ini…Malahan En Farid Sulaiman, salah seorang penternak berjaya di Melaka telah menghasilkan ebook mengenai panduan lengkap memulakan penternakan kambing bagi membantu newbie yang berminat dalam bidang ini.. Menarik bukan..
Sebelum ini saya memang ada cita-cita untuk menternak kambing namun hasrat tersebut terbantut atas sebab masalah tempat dan tenaga kerja.. Walau bagaimanapun mungkin saya akan mencubanya jika telah memiliki masa dan kelapangan pada masa hadapan.. Mungkin projek untuk ‘pencen’ awal kot.. He he he..








