Daftar Tabung Haji

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Salah satu dari impian diri ini adalah ingin menunaikan haji. Cara mudah dan sistematik untuk menunaikan haji adalah dengan mendaftar dengan agensi Tabung Haji. Tabung Haji merupakan sebuah agensi kerajaan yang membantu umat Islam menunaikan haji dengan harga berpatutan melalui simpanan.
Selepas berjaya mencapai jumlah simpanan minima RM1,500 pada minggu ini saya telah mendaftar melalui laman web. Ini kerana pendaftaran untuk menunaikan haji boleh dilakukan secara online setelah berjaya mencapai simpanan minima.
Alangkah terkejutnya bila tahun yang diperuntukkan paling cepat adalah pada tahun 1474H dimana ada lagi 41 tahun lagi untuk ditempoh. Kalau ikutkan mengikut tempoh itu saya hanya akan mampu menunaikan haji tatkala berusia 75 tahun. Satu usia yang belum dipastikan samada mampu dicapai atau tidak.
Malahan kalau mampu sampai pun tak tahu samada masih gagah untuk menunaikan haji. Tapi tak mengapa, pendaftaran perlu dilakukan juga. Masa depan kita tak tahu lagi. Mana tahu pada masa akan datang kuota haji akan ditambah dan juga ramai yang tidak dapat menunaikan haji maka tempat mungkin dapat dikurangkan.
Apapun, niat tu dah ada. Cuma tunggu dan lihat samada mampu atau tidak menunaikan kewajipan sebagai umat Islam ni.. Insyaallah mampu..
Berikut merupakan proses-proses yang dilalui untuk mendaftar haji
Mula-mula masuk ke dalam laman web Tabung Haji di http://www.tabunghaji.gov.my/. Pilih menu servis haji dan pendaftaran haji.


Paparan ini akan keluar dan pilih pendaftaran baru


Terdapat terma dan syarat menggunakan sistem ini yang perlu dipatuhi. Baca sepenuhnya untuk makluman

Photobucket
Login sistem. Perlu masukkan no akaun Tabung Haji dan no kad pengenalan

Photobucket
Memasukkan maklumat terkini. Dan tahun pilihan.

Photobucket
Permohonan berjaya didaftar melalui sistem

Photobucket
Borang semakan status pendaftaran haji

Bagaimana pula dengan anda? Berapa tahun lagi nak tunggu tempat? Atau anda telahpun selesai menunaikan tanggungjawab ni? Kongsilah disini.

Sekian.

This article has 15 Comments

  1. Pingback: Daftar Tabung Haji | Blog Zool Ligakampung.
  2. yg penting dah daftar. kalau ada tempat, insyAllah dapat awal. kalau ikut surat khabar, tahun ni 30% tolak tawaran sbb kesihatan dsb, secara tak lansung mungkin jadi cepat sikit.

    Reply

    zool Reply:

    tu le.. lambat daftar.. dulu tak cukup

    Reply

  3. Yer betul bak kata DH.. jika difikirkan purata 30% setahun tidak mampu untuk kehaji setiap tahun, insya-allah cepatlah nombor giliran bro.. yng penting kita telah memulakan langkah dan seterusnya memastikan rukun kelima kita itu dilaksanakan, dan insya-allah mabrur… thks share tips dan tuts ini… sememangnya akan memberikan sedikit cetusan kepada readers nanti…

    Reply

    zool Reply:

    tu le.. apapun diharap mampu mencapainya.

    Reply

  4. sy pon belum daftar ag..bgus bro dh daftar..

    Reply

    zool Reply:

    muda2 elok daftar bro..
    aku rasa rugi dah 34 baru nak daftar..

    Reply

  5. Wah! Bagusnya, insyaAllah, ameen, ya, masa depan kita tak tahu, mungkin ada rezeki tuan, dapat pergi sebelum 1474H. 🙂

    Reply

    zool Reply:

    harap begitulah hendaknya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *