Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya esok merupakan hari cuti rasmi (15 April )bagi negeri Melaka sempena ‘Melaka Bandaraya Bersejarah’ . Jadi seronoklah rasanya… Untuk makluman anda semua, Melaka kini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai bandaraya warisan.. Jadi memang banyak betul tempat bersejarah yang perlu dipelihara oleh seluruh rakyat Melaka amnya..

Sebagai penduduk tetap negeri Melaka rasanya elok kalau berkongsi sedikit sebanyak tentang negeri kelahiran ‘Zool Ligakampung’ ni.


Rasanya semua orang tau tentang asal usul negeri Melaka ni (kecuali yang buta sejarah)..Melaka adalah sebuah negeri yang bersempadankan negeri Johor dan Negeri Sembilan yang mempunyai keluasan 1,650 kilometer persegi. Negeri Melaka terdiri dari 3 daerah utama iaitu Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin (negeri kelahiran blogger seperti Zool Ligakampung, Sebol dan Knizam).
Bandar Melaka diisytihar sebagai “Melaka Bandaraya Bersejarah’Pada 15 April 1989 dan secara rasminya bergelar ‘Melaka Bandaraya Bersejarah.’ Status sebagai ‘Bandaraya Bersejarah sememangnya amat sesuai dan layak untuk Melaka.
Pengiktirafan Melaka sebagai bandar bersejarah Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu – Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).

Bandar Melaka telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia. Tapak warisan dunia di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6 hektar dan meliputi dua kawasan perlindungan iaitu antara zon konservasi bandar sehingga ke bersempadanan dengan dengan SUngai Melaka. Antara tempat yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia ialah kawasan sekitar St. Paul Hill, Jonker Street, Jalan Tukang Besi, Kampung Morten dan Sungai Melaka.

Jadi banggalah juga sebagai anak Melaka dengan pengiktirafan tu.. Jadi kepada anda yang telah fikir mana nak melancong.. Apakata singgah ke Melaka?? ‘ Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia’..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3770
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

12 Responses to “Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah”

  1. hadyNo Gravatar says:

    aku pon anak melaka

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sorilah aku tak tau ko daerah mana.. tu tak tulis tu..
    er nanti kita buat persatuan blogger anak melaka..
    ko jadi pengerusi.. aku AJK Bahagian..

    Reply

    hadyNo Gravatar Reply:

    aku asal dari Jasin dan dibesarkan di tengkera… sekarang ni pulak dok kat bukit beruang….

    nanti kita buat persatuan blogger anak melaka..
    ko jadi pengerusi.. aku AJK Bahagian..

    menarik cadangan tuh tapi biarlah orang yang berpengalaman handle… cam aku ni masih newbie

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    bangga aku. hehe :)
    aku nak tengok diaorang kekalkan bangunan2 lama tuh
    barulah best kalau jalan2 cuti2 malaysia kat melaka kan
    asam pedas, heaven !

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Bangunan lama tu harap dikekalkan. Dengan adanya PERZIM mungkin bangunan sejarah tu dpt diperbaiki.. Lagipun standard bandar warisan tu berkait rapat dengan bangunan lama. kalau dihapuskan status tu boleh ditarik balik oleh UNESCO tu..

    Reply

  3. papabearNo Gravatar says:

    saya suka melaka… tak tau kenapa… haha

    Reply

  4. AdryNo Gravatar says:

    Aku pernah gi Melaka… memang best!!!

    Reply

  5. sofeaNo Gravatar says:

    erm..melaka memang best..antara tempat paling best yang pernah saya pergi..

    Reply

  6. samdaddycoolNo Gravatar says:

    Melaka ada MP… tempat orang Muar melawat (canggih sikit daripada Muar).. kikiki

    Reply

  7. zikNo Gravatar says:

    nak pergi melaka..rindu kat melaka…. tapi eye on melaka dah tutup..isk2.. ;-(.. takpela naik taming sari pun ok gak kan??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    datang je la.. tapi nak gi halo2 la dulu

    Reply

  8. chal faizalNo Gravatar says:

    menarik…jom ke blog gue…

    Reply

Leave a Reply