Cuti di Kolam Air Panas
Written by zool on December 21, 2007 – 4:42 pm -ssalamualaikum…
Sekali lagi bertemu dengan coretan dari seorang penulis yang ntahapahapantah, Zool Ligakampung dari Melaka..
Hari ini tulisan saya lebih santai almaklumlah hari ini bercuti untuk menenangkan jiwa akibat duka lara. Apa merepek plak si ZOol ni..
Hari ini Jumaat 21.12.2007 saya bercuti dan untuk mengisi percutian tersebut saya pergi ke Kolam Air Panas Gadek.. Bagi pembaca setia sudah pasti tahu sebab utama saya pergi ke kolam air panas ni…
Bukan sebab nak cuci mata tetapi untuk mencuci badan-badan yang mengalami kegatalan sebelum ini… Dan bersempena dengan hujung tahun dan cuti-cuti Malaysia saya juga ingin mempromosikan negeri tercinta ‘Melaka’ kepada rakan-rakan pembaca ..
Dan destinasinya adalah Kolam Air Panas Gadek… Bagi anda yang berhampiran dan inginkan perasaan merendam tubuh badan dengan air panas yang ‘natural’ tempat ini sesuai untuk anda…
Walaupun keadaan persekitaran kurang sempurna pada ketika ini akibat ‘renovation’ namun keseronokan dan khasiat air panas ini masih asli.. Terletak kira-kira 5 km dari Pekan Alor Gajah, kawasan ini sungguh sesuai untuk beristirehat sambil berhimpun dengan keluarga…
Kolam-kolam yang disediakan juga dijaga dengan rapi manakala saluran air dari kolam air panas ditapis bagi mengelakkan air yang dialirkan untuk pengguna terdapat kekotoran…
Ops sebelum terlupa, bayaran masuk hanya RM4.00 sahaja.. Jadi apa kata rehat-rehatkanlah minda…
Bersama-sama ini gambar saya dan keluarga di sana.. Klik untuk melihat gambar yang lebih jelas…
p/s :- Dijangkakan Kolam Air Panas Gadek akan direnovate untuk jadi seperti taman peranginan sehebat Bali, Indonesia…
Tags: Air Panas Gadek, Pelancongan
Posted in Negeri Melaka, santai |
10 Comments to “Cuti di Kolam Air Panas”















December 22nd, 2007 at 2:01 am
hmmm… seronok gak ye. aku dah lama tak berendam … last sekali masa sekolah menengah di pedas, negeri sembilan. sekrang ni lebih byk di bilik panas je (sauna).
December 22nd, 2007 at 2:46 am
slm bro, aku tak pernah pergi kolam air panas,huhu…
camnela rasanya rasa air kat kolam tu ek,hehee
December 22nd, 2007 at 6:58 am
me tringat masa kat jepun, banyaknye kolam air panas.. lelaki pompuan leh mandi sama2 telanjang beb..
salam ariraya aidiladha bro zool itu..
December 22nd, 2007 at 7:36 am
duka lara sebab ape tu yerk… zool..
December 23rd, 2007 at 7:53 am
azwan —> sauna ye.. aku tak penah plak pegi tpt camtu.. Almaklumlah orang kampung.. Hidup pun secara kampung je la…
acai —> rasa dia masam masin.. He he he..
yginsaf —> alamak.. nasib baik aku tak ke Jepun…
am —> duka lara yang belum diubati lagilah am…
December 24th, 2007 at 2:38 am
bukan saja-saja pergi, tapi kekadang tu bila dah outstation, duk kat hotel yang ada kemudahan tu, singgah aje lah
December 24th, 2007 at 4:06 am
bestnyer … kira promosi jalan2 melaka lar ni …
hmmm … bole difikirkan lagipun melaka bukan jauh sgt pun …
December 24th, 2007 at 8:19 am
Saya baru je sekali ke kolam air panas. Itupun dekat kampung. Air panas lenggong.Kat kedah. Daerah Baling. Sesiapa nak datang sini, boleh la singgah kat kampung saya. orang kedah kata “mai la”..hohoho
December 24th, 2007 at 10:07 am
Hai Zool, seronok jugak dengar tempat tu.. teman kolam air panas nie, pernah pg stkat lubuk timah jer lah disimpang pulai,ipoh. Sekarang kalau teman ada masa bersauna jerlah dirumah..
P/s: Jom main teka teki kat blog teman..
January 8th, 2008 at 5:03 pm
sya brasa happy jer,,,,itu ari aku pergi kolam air panas dekat baling,kdah..,mmg meriah la msa tu kan…ramai org plk tu..sekali sekala cuci skit mta aku ni.awek kdah mmg cun2 siot…mlm tu aku ingat nk brehat jer kat umah,,,ye la,,aku ngan shabat baik aku ni si borhan ajk sje2 jer nak pi kolam air pnas,..tpi aku trtarik plk kan..apalgi belasah jer la kan..
msa tu yg pi sna kan,,kh@i,borhan,abg dia nazri,adik dia
dien yg srang lgi tu wa tak tau nma…pi sna naik wgq 5156
stria,hee,he,oooo,,mmg mriah la msa tu,aku blasah air kolam tu kaw2…rsa mcm nk prgi lgi la..insyAllah akn dtg…..