Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Adakah anda merasa bahang panas pada waktu ini? Rasanya dimana-manapun tahap kepanasan memang memberi ketidakselesaan kepada kita semua. Melalui ramalan dari Jabatan Meteorologi Malaysia dijangkakan cuaca panas akan berlanjutan sehingga suku kedua Mac depan.
Kepanasan global yang melanda negara memberi kesan yang mendadak terhadap beberapa perkara seperti :-
1. Bil elektrik pasti akan melambung. Apa taknya bagi yang kaya, aircond dipasang siang malam manakala yang kurang berharta menggunakan kipas. Pasti pusingan meter penggunaan akan bertambah sekaligus menambahkan perbelanjaan bulanan.
2. Bil air juga akan meningkat dengan pertambahan kekerapan mandi dan juga menyediakan air. Almaklumlah di waktu panas, mudah terhidrat dan keperluan air perlu lebih.
3. Kebarangkalian untuk kemarau . Teringat masa tahun 90-an dulu masa bekalan air di Melaka menghadapi masalah. Terpaksa mengguna air perigi. Kesejukan air perigi di waktu pagi memang mencengkam tulang temulang tu…
4. Pengurangan pakaian. Bagi kaum lelaki, bila pulang rumah akan berlenggeng dengan hanya memakai kain pelikat sahaja sambil berkipas-kipas. Kira oklah tu kan.. Manakala terdapat segelintir gadis-gadis yang mengurangkan pemakaian dengan menyingkatkan baju dan kain mereka sehingga menonjolkan benda yang tak sepatut di tunjukkan.. Paham-paham le kan..
5.Pusat pelancongan air pasti akan dipenuhi oleh pengunjung.. Dimana-mana pantai mahupun air terjun menjadi kawasan pilihan ramai. Taman tema air juga menjadi kawasan yang dipenuhi oleh orang ramai yang kepanasan..
Okay cukuplah setakat ini. Tak berapa nak beridea. Apa lagi agaknya kesan kepanasan terhadap anda?? Boleh bincangkan ..
Untuk maklumat lanjut mengenai ramalan dan maklumat cuaca terkini boleh semak website Jabatan Meteorologi Malaysia untuk keterangan lanjut..
p/s :-
Terbaca website Jabatan Meteorologi terbaca berita mengenai gempa di Jepun
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 skala Richter telah berlaku di Selatan Honshu, Jepun pada pukul 10:52 pagi 17 Februari 2010. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 29.8 utara longitud 138.4 timur, 3407km dari timur laut Kudat. Sabah
Sambil tu tengoklah betapa gediknya kucing ni bersantai kat kaki si ZOol ni.. Dia pun panas kot.

RSS Feed
Twitter



February 17th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


jgn la lame sgt panas
td baru je hujan
lebat pulak tu
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 00:14
oklah tu ..melaka kejap je ujan.. panas terasa lagi ni
Reply
heheh…setuju sangat dengan artikel nih…panas giler daa sekarang!
zool tahu tak berapa suhu panas purata sekarang…aku tak tau nih..38 darjah cecah tak..?
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 00:13
cuba try tgk kat sini
http://www.met.gov.my/?option=com_weathertimeseries&purpose=minmax&Itemid=908
kalau ikutkan belum sampai tahap tu lagi
Reply
memang la ni panas sgt2..tp Alhamdulillah kat segamat hari ini hujan lebat sepanjang hari..sejuk sikit..
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 00:15
ok lah tu,.. melaka kejap je ujan pagi tadi
Reply
semalam hujan turun waktu tengah hari. alhamdulillah, sejuk sikit.
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 11:48
oklah tu..
Reply
selain dari yang beliamuda kata tu.. kat tronoh ni panas yang amat.. kadang-kadang petang tu tak de angin pun bertiup.. sunyi je.. sehari kena tukar banyak kali baju peluh punya pasal..
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 11:49
memang panas kan.. peluh membuak2 keluau
Reply
info sains : semakin kuat/laju putaran kipas, semakin tinggi daya elektrik yang digunakan. = banyak la bil elektrik kena bayar……..hahahaha..
tapi kat rumah aku, pasang kipas speed satu je…tidur pagi pun sejuk…….hahahaa…jom pindah rumah aku…….
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 11:50
rumah ko kat antartika ke?? jom ramai2 lepak rumah syin
Reply
kucing tu macam anda la. gedik. hahaha
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 11:51
huhuhuhuhuhuhuhu..
like cat like owner..
ye ke si Zool gedik ??? muntah darah jap.. huhuhu
Reply
wah betullah, serius, mmg panas….
even malam pon boleh rasa bahang dalam bilik, lagi2 duduk kt perak ni ha,
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 23:07
betul tu.. tak tahan mlm tido tak berbaju je..
Reply
NK
Reply:
February 19th, 2010 at 02:04
haha, tak boleh tak berbaju… kejap lagi member2 tangkap gamba, tau2 je dah kene tag kt facebook… haha
Reply
bila bercerita bab cuaca dgn abang….kontras sgt keadaan dia dgn kita
kat tempat dia salji tengah menimbun….kita panas tak hengat
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 22:54
biasalah tempat yg berbeza.. cuaca pun lain..
Reply
moyok je kucing tu…tapi skang ni mmg panasla..hujan pun kjp2je
Reply
zool
Reply:
February 18th, 2010 at 23:16
dia nak tido tu.. siap panjat kaki tu.. ngada tul..
yup sekarang memang panas yg amat
Reply
salam ziarah,
yup cuaca skrg sangat panas kalau pakai baju di rumah alamat basah lenjun la..
waktu cuaca panas ni kena banyak minum air masak sebab mudah dehydrate dan limitkan aktiviti di luar..
plus, blame the global warming.
Reply
zool
Reply:
February 19th, 2010 at 12:09
Betul tu.. duk opis je sedap. sejuk
Reply