Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni saya ingin memberikan sedikit pendapat mengenai satu sistem pertanian/penternakan yang mula menjadi sesuatu yang hangat.. Mungkin ramai yang kurang arif tentang konsepnya.. Definisi berdasarkan kacamata saya ialah :-
” Kaedah penternakan/pertanian di mana diadakan perjanjian antara pihak pembekal dan pengusaha. Dalam kontrak kebiasaan akan dinyatakan bahawa output yang dihasilkan akan dibeli kembali oleh pihak pembekal”
Ini adalah definisi saya, tiada mengikut kamus mahupun klausa dalam mana-mana perjanjian. Jadi mungkin betul dan boleh jadi tak betul…
Disebabkan beberapa perkara ditawarkan oleh agensi menyebabkan ramai yang tertarik. Jadi disini saya ingin memberikan beberapa pendapat dari sudut kebaikan dan keburukan konsep ‘perladangan kontrak’.
Kebaikan
1. Konsep ini memudahkan pengusaha.. Tak perlu memikirkan kat mana nak jual output..
2. Diberi tunjuk ajar. Kadang-kadang dipersiapkan dengan bahan-bahan sekali.Keburukan
1. Apabila pasaran mula berlambak di pasaran, dan pengusaha hanya berharap pada pembekal . Dan pembekal sudah tidak mampu mengambil dari anda.. Maka penternak/petani akan mengalami masalah ..
2. Penipuan dari syarikat. Walaupun perjanjian dimeterai, syarikat pembekal boleh memberi bermacam alasan. Yang lebih teruk mereka lari meninggalkan pengusaha dalam keadaan terkapai-kapai..
3. Harga yang dibeli oleh pembekal murah. Ini sedikit sebanyak mengurangkan margin keuntungan pengusaha.
Rasanya cukup sedikit tentang pro dan kontra ‘contract farming’. Mungkin ada diantara anda yang ingin menyertai konsep ini. Pendapat saya, selidik dahulu syarikat yang menawarkan kaedah ini.. Jangan terlalu ghairah dengan ajakan mereka yang selalu memberikan kata-kata ‘hype’. Selain itu pastikan produk yang ditawarkan mempunyai pasaran di kawasan berhadapan anda.. Yelah kalau tak sukses mungkin anda boleh pasarkan sendiri..
Dan pastikan walaupun anda berjanji dengan syarikat untuk memberikan output kepada mereka, jangan dijual 100% sebaliknya ambil separuh dari produk untuk dijual sendiri.. Sekurang-kurangnya anda mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut dan sekaligus mempunyai kekuatan sekiranya berlaku perkara tidak diingini..
Mungkin anda ada cerita yang ada iras-iras dengan artikel ni.. APakata kongsikan..
Untuk makluman, ini pendapat dan bukan pengalaman serta nasihat.
RSS Feed
Twitter



April 26th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


bagi aku, kita perlu mengkaji dulu produk yang ingin dihasilkan itu bersifat kekal ataupun bermusim.Maka,dari situ kita dapat mengukur risiko yang bakal muncul.
Reply
seperti yang pakcik aku usahakan ayam nya.Dia sebenarnya mengambil upah jaga jer sbb alin semua pembekal yang bagi. Ubat,makan ayam semua diberi, cuma reban kita punya. Sungguh pun camtu pakcik saya boleh untuk 25ribu satu round. Loaded tu.!!
Reply