Coconut Shake Batu Berendam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sekali tajuk ‘omputeh’ plak. Minta maaf lah ye, sebab tak tau nak diterjemahkan ‘coconut shake’ tu. Kalau ikut bahasa biasa ‘goncang kelapa’. Dah pelik je bunyinyakan,
Mungkin ramai yang pernah minum air kelapa ‘coconut shake ‘ ni tapi mungkin tak ramai yang mengenali air kelapa di campur dengan aiskrim. Sebelum ini saya pernah menulis mengenai ‘air kelapa aiskrim’ yang cukup terkenal di Klebang. Kali ni sebuah gerai tepi jalan di Batu Berendam, Melaka mengikut jejak langkah dengan membuat air ‘coconut shake’ dengan campuran aiskrim. Mungkin mereka yang berdekatan di situ mengetahui tentang gerai tersebut yang memang berada betul-betul di tepi jalan. Memang banyak buah kelapa yang disediakan disitu. Selain dari air kelapa terdapat juga air lain dan juga kuih muih lain tetapi air kelapa yang menjadi ‘landmark’ gerai terbabit.

Harga secawan ‘coconut shake’ ialah RM2.00 (biasa) dan RM2.50 (istimewa). Mungkin yang istimewa tu ditambah dengan aiskrim. Melalui penelitian lidah si ZOol, selain dari air kelapa ianya dicampur dengan jeli kelapa yang diblender serta campuran aiskrim soda beserta aiskrim (jenisnya tak tau). Memang syok bila melayan aiskrim ni tapi agak terasa di gigi sebab sejuk. Almaklumlah ais diblend sekali. Memang terasa sejuk menusuk ke gigi. Tapi memang menarik untuk dicuba. Kepada yang singgah ke Melaka dalam kawasan Batu Berendam, memang dicadangkan untuk mencuba merasa sendiri ‘coconut shake’ beraiskrim ni.

Uploaded with ImageShack.us
Inilah gambar ‘coconut shake’ Batu Berendam yang sempat diambil.

Okay cukuplah entri untuk kali ini. Kalau datang Melaka, belanjalah si ZOol air ‘coconut shake’ Batu Berendam ni. Pasti tak rugi.. He hehe

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :4631
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

23 Responses to “Coconut Shake Batu Berendam”

  1. samdaddycoolNo Gravatar says:

    Wah.. nampak menyelerakan.. bila nak belanja aku 8 cawan?? :P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    boleh je tapi nak jumpa ko pun ntah bila ntah.. setakat 8 cawan apedehal..

    Reply

    samdaddycoolNo Gravatar Reply:

    hehehehee… tu la pasal.. ulang alik Melaka dah selalu sangat (kadang-kadang terjebak sampai ke Jasin). Masa je belum mengizinkan. Insyallah, sampai waktu dan ketika, boleh aku lepak tempat ko berladang, pastu gi minum 8 cawan.. :P

    Reply

  2. tediNo Gravatar says:

    ini yg aku cari!! gerai je ye? bukan restoranlah yg boleh makan2 minum2?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    gerai tepi jln.. boleh je kalau ko nak minum.. tapi meja ngan kerusi tak banyak le.

    Reply

  3. syiaNo Gravatar says:

    hani besh2.. syia klau datang melake memang semata2 mesti nk cari ni dlu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hohohoho. selalu dtg klebang atau batu berendam?

    Reply

  4. syiaNo Gravatar says:

    Selalu klebang tp skrg dh tambak kn? Kurang cantik dh

    Reply

  5. life4hireNo Gravatar says:

    aku pernah merasa coconut shake ni..tp still xleh lawan coconut shake maksu kat umah aku. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    wah bila ko singgah melaka?? Mak su ko memang terer ek?? Bagilah 2 cawan kat aku

    Reply

  6. miss lollyNo Gravatar says:

    yummyyyy.

    aii loIKE :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    meh dtg sini…. belanja 5 cawan..

    Reply

  7. Roronoa ZoroNo Gravatar says:

    parent aku bukak kedai air kelapa.. tapi xde shake2 nie.. kalo aku shake the bon2 ade la.. haha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    try le bro.. bukan susah pun aku tgk diorang buat..
    jeli kelapa tu dia blender ngan ais ais krim soda campur ais krim.. memang meletup woo…

    Reply

  8. Bb HussainNo Gravatar says:

    wow..ada coconut shake yer..kena cuba ni..;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ada.. kalau nak try boleh gi sana sesama. tapi nak lepak tak sesuai sbb tepi jln. byk kete

    Reply

  9. tediNo Gravatar says:

    dah g tadi.

    sebbaik pergi dlm kol 3, x jam sgt, psr malam blm mula.

    kat situ boleh lepak2.
    ada gerai belakang dia. boleh duduh minum situ. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    boleh je time tak jam.. kdg2 ngulau minum situ gak.. he hehe

    Reply

  10. pusherNo Gravatar says:

    aiskrim walls bos

    Reply

  11. adikacuNo Gravatar says:

    sedap ke?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nak tau sedap ke tidak kenalah datang situ.. citarasa berbeza kan?

    Reply

  12. fieznurNo Gravatar says:

    tgk macam best, baca ayat pun macam best.

    kesimpulan, best.

    nak g carik huhu..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang best. kalau org melaka kena cari ni..

    Reply

Leave a Reply