Cita-cita – berjaya dan gagal

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semua manusia normal mempunyai cita-cita. Samada ianya besar ataupun kecil bergantung kepada impian masing-masing. Cita-cita biasa dilahirkan berdasarkan keinginan ataupun sekadar meniru. Untuk entri kali ini si Zool ingin mengingat kembali cita-cita yang pernah diimpikan dari zaman kanak-kanak hingga ke zaman sepatut dah ada anak (huhuhuhu)..

Berikut dinyatakan cita-cita mengikut klasifikasi

Cita-cita yang gagal
1. Zaman kanak-kanak dulu pernah bercita-cita nak jadi kartunis cam Ujang. Tapi apakan daya, lukisan kartun memang tahap rendah. Teringat masa zaman menganggur dulu kononnya menghantar ke Majalah APO? dalam ruangan yang diadakan untuk menilai lukisan.. Ha hahaa.. Dapat markah yang memalukan yakni hanya sekitar 40% je.. Ha ahhaha.. Bila tengok balik lukisan tu memang diakui bakat kartunis tiada dalam diri ini.Takpe lah.. Nak buat camne, bakat tu tiada.. Buat masa sekarang ni sekadar buat blog kartun manga/anime je…
2. Cita-cita di zaman kanak-kanak lagi.. Pernah bercita-cita nak jadi ustaz.. Mulia kan cita-cita tu tapi bila dah besar tak pergi ke arah sana plak..
3. Masa tingkatan tetiba nak jadi arkitek. Lepas tu masa tingkatan 4 sibuk masuk kelas yang mempunyai subjek lukisan kejuruteraan. Tapi sekali lagi cita-cita terbantut sebab cuma dapat P7 dalam SPM. Masa nak ke IPT dapat kursus juruukur bahan (En Firus juga ditawarkan kursus sama ni..) di UTM (kononnya ada kena mengena ngan arkitek le tu) tapi ditolak sebab mengikut saranan sedara supaya ke UiTM untuk kursus Diploma Sains Komputer. ALhamdulillah dengan sedikit ilmu komputer tu yang memberikan pengetahuan untuk berblog ni. Rasanya kalau ke kursus juruukur bahan mungkin sekarang ni lebih banyak berhadapan dengan bahan binaan berbanding melayan komputer kot..
4. Cita-cita yang agak baru. Pernah bercita-cita untuk menghasilkan forum berkenaan dengan penganggur. Tak silap sekitar tahun 2004 dulu.. Kononnya untuk mengumpulkan idea bagi membantu para penganggur. Almaklumlah si Zool pernah mengalami masalah tersebut sekitar tahun 2002 dulu. Tapi terbengkalai disebabkan kurangnya pengetahuan tentang promosi online.. Rugi je duit beli domain dan hosting dari mesra.net. Tapi takpelah tu sebagai pengalaman je.
5. Nak jadi saudagar cacing. Ini cita-cita 3 tahun yang lalu. Setelah membeli cacing dan cuba mengusahakannnya, akhirnya gagal. Mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan terutama dari segi pemasaran. Walaubagaimanapun ada untungnya sebab banyak pengunjung yang masuk ke blog ini sebab mencari info mengenai cacing.. :)
6. Nak menghasilkan ebook.. Kalau targetnya sepatut tahun ni dah ada sebuah ebook dihasilkan oleh si Zool tapi masih takde pun..
7. Memiliki keluarga sendiri.. Er sepatutnya target tahun lepas tapi tak capai-capai..

– Itulah cita-cita si ZOol yang tak tercapai. Berikut merupakan cita-cita yang berjaya dicapai :-

1. Sedar tak sedar dah 3 tahun si ZOol menjadi seorang blogger. Walaupun tidak dikenali tapi konsistensi menulis berjaya dicapai. Malahan saya juga telah berani menulis blog dalam English walaupun keputusan English SPM sekadar C6 je… Memanglah mendapat kritikan tetapi masih berusaha untuk mencapai matlamatnya..
2. Memiliki kenderaan dan rumah. Walaupun mungkin masih dikongsi hakmilik dengan pihak bank tapi kira adalah juga..
3. Berjaya ke skim pencen dan dapat mengeluarkan KWSP.. Duit KWSP tak banyak sangat tapi rasanya cukuplah kalau kenduri kahwin kecil-kecilan..

Ini pula cita-cita akan datang.
1. Ingin pencen awal. Kalau ikut perancangan ingin pencen dalam pertengahan 40-an. Tapi bukan semudah yang disangka. Perlu mengukuhkan kewangan dan kehidupan. Kalau ikutkan hati memang nak pencen sekarang tapi apakan daya, tiada sumber kewangan tetap yang boleh menjamin masa hadapan.
2. Cuba menyempurnakan sasaran yang tersasar. Walaupun telah tergelincir dari landasan namun perlu dikejar jua..
3. Memiliki perniagaan sendiri. Kalau dalam kepala ni rasanya perniagaan online lebih sesuai dengan jiwa. Walaubagaimanapun bukan semudah yang disangka dan perlu sokongan ramai. Kalau buat kerja sendiri memang terlungkuplah jadinya..
4. Ada rumah kampung. Lepak di kawasan yang jauh dari hiruk pikuk kota.. Kena plak kawasan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Pergh selesa je..
5. Memiliki ladang penternakan.. Hm.. kalau mampu memang nak buat lembu fidlot atau kambing sebagai sumber kewangan.. Sambil tu belalah 2-3 ekor kucing sebagai binatang permainan. Lepas tu bela ada kawasan ala mini zoo.. Ada arnab, itik dan ayam sebagai teman penghibur..
6. Mini studio layan muzik.. Cewah.. Angan-angan tak ingat.. Main gitar pun sumbang.. Lagi nak buat studio.. Tapi takpekan.. Cita-cita..

Okay, cukuplah tu. Semua orang mempunyai cita-cita sendiri. Samada berjaya atau tidak, ianya tidak menjadi masalah. Yang penting adalah usaha untuk mengapainya.. Sekian.

Pengunjung Entri Ini :2049

9 comments:

  1. OKlah tu bro..at least ko ader jugak impian despite it’ll late to happen..

    Reply

    zool Reply:

    ye la dari takde impian kan..

    Reply

  2. cis cis cis
    awal 40 da nak pencen
    muda lagi
    anak anak pun masih kecik lagi
    hehehhe
    tp kan mesti orang lebih suka spent masa tua diorang di kampung

    *thanx sudi komen blog saya
    =]
    mmg awk x tersalah langkah amek diploma komputer

    Reply

    zool Reply:

    he hehe.. impian je tu.. kalau dpt alhamdulillah.. kengkadang tak leh tahan ngan keje bwh org yg memacam karenahnya..

    ok tq gak sebab komen kat blog ni

    Reply

  3. Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin yang gagal tu memang tak sesuai untuk kita atau kita perlu usaha lebih untuk mencapainya..yang penting kita perlu redha..All the best to u yea ;)

    Reply

    zool Reply:

    betul tu.. tq…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,936 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge