Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saya bukan ingin bercerita mengenai cinta antara individu-individu dan pasangan masing-masing.. Bukan juga cerita manusia yang bercinta atas dasar materialistik.. Itu semua telah banyak dibicarakan di media masa mahupun media alternatif.. Sebaliknya pada kali ini saya ingin berkongsi bagaimana ‘cinta’ boleh dijual..
Berikut merupakan antara beberapa cara ‘cinta’ dijual..
1. Menjual buku novel . Rasanya ramai yang tahu pasal novel cinta yang berada di pasaran.. Malahan novel cinta merupakan jenis novel yang amat laris dipasaran…
2. Menjual ebook.. Rasanya agak kurang ebook mengenai keyword ‘cinta’ di pasaran..
3. Blog pasal cinta.. Ingatkah anda lagi pada Razzi Rahman , penyanyi era 90-an atau pelakon versatil Catriona Ross? Mereka menggunakan pengalaman cinta untuk dikongsi bersama dengan pembaca yang dahagakan cinta…. Yang menariknya mereka juga mampu mengeksploitasi ‘cinta’ dengan menjual t-shirt, cenderahati mengenai cinta.. Menarik bagi orang yang bercinta..
Selain itu blog tentangcinta oleh Mr. dan Mrs Teddy mampu mendapatkan 900++ subscriber.. Pergh banyak tu, saya rasa dengan kadar pengunjung setia sebanyak tu blog tentangcinta mampu menjual barangan mahupun pengiklanan tetapi nampaknya pemilik tidak menjual cinta tersebut..
Sebagai tambahan :- Saya tiba-tiba rasa terpanggil untuk mereview blog Lepaskan Matahari . Sebuah blog yang bercerita tentang cinta dalam bentuk buku (tak tau apa perkataan sesuai). . Walaupun blog tersebut masih baru namun saya berkeyakinan ianya mampu menarik perhatian pembaca terutamanya para remaja sekiranya penulis konsisten dalam berkarya.. Corak penceritaan bersambung mampu membuatkan pembaca tak sabar-sabar untuk menanti kisah selanjutnya dan sudah pasti beliau mampu menjual idea ‘cinta’nya..
Okay cukup sudah untuk hari ini..








