CIMB taja Azizul, Fatehah

cimb-taja-azizul-fatehah

Kuala Lumpur: Penantian jaguh trek negara Azizulhasni Awang terlerai apabila menerima penajaan Kumpulan CIMB dengan mencecah jutaan ringgit untuk menghadapi Olimpik 2020 Tokyo.

Penajaan empat tahun berkenaan memastikan The Pocket Rocketman mendapat persediaan terbaik bagi memburu emas pertama negara di Jepun.

“Sudah pasti kehadiran CIMB menjadi suntikan semangat saya untuk mengejar emas di Tokyo selepas meraih gangsa di Rio.

“Saya tidak nampak halangan untuk saya terus cemerlang dengan masih ada ruang untuk dipertingkatkan. Malah di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) minggu lalu, saya sendiri tidak menyangka mampu mempamerkan prestasi seperti itu walaupun hanya berlatih kira-kira dua bulan.

“Ini membuktikan kami berada dalam landasan tepat untuk meraih emas Olimpik,” katanya yang memenangi emas acara pecut di ACC India itu.

Turut mendapat penajaan adalah Fatehah Mustapa serta dua atlet muda, Siti Nur Alia Mansor, 16, dan Muhammad Khalid Nasiruddin, 18, yang membentuk CIMB Pro-Cycling Team.

Sementara itu, The Pocket Rocket turut menaruh harapan layak acara pecut individu ke Kejohanan Dunia di Hong Kong pada April nanti.

“Bagi acara keirin, mata kelayakan saya sudah mencukupi namun untuk pecut ada perubahan peraturan yang berlaku walaupun saya meraih emas ACC acara itu, jadi saya masih menunggu kata putus,” jelasnya.

Malah Azizulhasni berharap dapat segera menyesuaikan diri dengan peraturan baru acara keirin selepas Olimpik Rio.

  • Hmetro

Tahniah kepada barisan pelumba negara yang mendapat tajaan. Ianya akan dapat membantu mereka untuk meningkatkan lagi prestasi masing-masing dengan menggunakan pendapatan melalui penajaan tersebut. Semoga mereka bijak menggunakan tajaan tersebut untuk kejohanan yang disertai.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “CIMB taja Azizul, Fatehah

  1. betul tu, dengan adanya tajaan ianya sepatutnya menjadi suntikan untuk para atlet dalam menaikkan nama negara

Leave a Reply