Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

CIMB Piala Sumbangsih 2020 : JDT juara tumbangkan Kedah

Perlawanan pembukaan bagi merebut Piala Sumbangsih 2020 telah berlangsung sebentar tadi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim ini merupakan aksi pertama di gelanggang baharu Johor ini.

Pemain import JDT Mauricio menjadi pemusnah selepas berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang selepas mendapat hantaran cantik dari Gonzalo Cabrera sebelum penutup masa pertama. Gol tersebut juga merupakan gol pertama dihasilkan di stadium baharu JDT itu.

Perlawanan ini memberikan mata penuh kepada pasukan JDT untuk memulakan aksi sulung Liga Super 2020. Manakala Kedah terpaksa pulang hampa tanpa mata. Secara peribadi, perlawanan sedikit berat kepada pasukan Kedah namun kegagalan menjaringkan gol menyebabkan mereka terpaksa mencicirkan mata. Pasukan JDT pula agak kurang menyengat tetapi mempunyai formasi bertahan yang cukup baik.

Tahniah kepada pasukan JDT yang mengekalkan kejuaraan 3 kali berturut-turut.

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Sumbangsih 2020

JDT vs Kedah 1-0

Mauricio (minit 45)

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)