LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chua Boon Huat maut kemalangan jalanraya

Agak terkejut bila mendapat maklumat mengenai kehilangan seorang pemain hoki negara yang cukup terkenal, Chua Boon Huat.
Chua Boon Huat dikhabarkan meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan kereta beliau dan sebuah lori di lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) pada pagi ini.Pemain kelahiran Bukit China, Melaka, Chua Boon Huat,33 merupakan salah seorang pemain veteran yang membantu skuad hoki negara ketika kejohanan Liga Hoki Dunia baru-baru ini.
Beliau merupakan salah antara salah seorang pemain hoki paling lama berkhidmat untuk skuad hoki kebangsaan apabila memulakan aksi pertama pada tahun 1998 di SUkan Komanwel dan sehingga kini beliau telah mengumpul 300 cap.Menurut sumber, cap ini melebihi dari pemain paling lama seperti Nor Saiful Zaini dan S Kuhan dan menjadikan beliau paling lama menyarung jersi skuad hoki kebangsaan.
Chua Boon Huat

Sumber : NST

Pastinya ia merupakan kehilangan besar kepada pasukan hoki negara yang akan beraksi di kejohanan Asia nanti. Ini kerana selain mempunyai pengalaman luas beraksi di liga hoki luar seperti di Austria, Bangladesh, Jerman dan England beliau juga mempunyai susuk tubuh yang agak besar untuk bersaing dengan pemain lain.
Takziah kepada keluarga Chua Boon Huat. Jasamu kepada hoki negara tetap akan dikenang.

Sekian

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Chua Boon Huat maut kemalangan jalanraya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)