LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chong Wei, Zulfadli kandas awal di Terbuka Korea Selatan

Jika banyak media memfokuskan kepada Chong Wei yang ditunjukkan jalan pada kejohanan Terbuka Korea 2015, blog ligakampung.com juga ingin berkongsi pemain yang juga harapan Zulfadli Zulfikli juga tersingkir awal.
Sememangnya kegagalan Lee Chong Wei lebih dirasai kerana beliau merupakan satu-satunya harapan bagi badminton negara untuk mencapai sesuatu kejuaraan. Chong Wei yang kini berada dalam ranking ke 28 dunia dikejutkan oleh pemain muda dari Korea Selatan, Heo Kwang Hee dengan keputusan 19-21, 19-21.

heo-kwang
Kekalahan ini menyaksikan pemain juara remaja dunia 2013 itu berjaya menebus kekalahan pada siri Terbuka Jepun pada minggu lalu.

Pada kejohanan Terbuka Jepun minggu lalu, Chong Wei tewas pada pusingan kedua kepada jaguh dari China, Lin Dan. Pencapaian ini menimbulkan tanda tanya adakah pingat emas Olimpik 2016 yang diharapkan melalui bekas pemain perseorang pertama dunia ini mampu dicapai. Jika ditanya pada kami, jawapannya adalah teramat SUKAR.
Ini kerana berdasarkan prestasi semasa, Lee Chong Wei sudah semakin SUKAR untuk menang bertemu seteru utama seperti Lin Dan dan Chen Long. Malahan kekalahan pada pemain muda dari Korea ini juga memberi sedikit petanda bahawa cabaran yang dihadapi oleh beliau pada tahun ini dan tahun hadapan lebih besar. Kemungkinan pemain berusia 33 tahun ini sudah mula hilang sengatnya dan permainan sudah semakin perlahan.

Manakala, Zulfadli pula pencapaiannya biasa sahaja. Jika pemain Korea Selatan berusia 20 tahun sudah mampu menumbangkan Chong Wei, beliau yang pernah menyandang Juara Dunia 2011 masih tidak mampu bersaing dengan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto. Walaupun ranking Tommy lebih baik namun berdasarkan keputusan menunjukkan perbezaan antara pemain muda negara dan pemain muda Korea Selatan itu. Tiada kejutan mampu dilakukan.
Semoga akan ada sinar badminton negara pada tahun ini. Janganlah terlalu mengharap sangat pada kudrat Datuk Lee Chong Wei. Mungkin beliau sudah boleh memikirkan persaraan jika beliau tidak dapat mengembalikan PRESTASI terbaiknya.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Chong Wei, Zulfadli kandas awal di Terbuka Korea Selatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)