LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chong Wei tumpaskan Chen Long di Terbuka Hong Kong

Datuk Lee Chong Wei menunjukkan bahawa kemenangan menentang Chen Long ketika Terbuka China pada minggu lepas bukan hanya nasib. Selang seminggu, jaguh badminton negara itu sekali lagi menumpaskan jaguh China yang juga pemain no 1 dunia pada ketika ini di kejohanan badminton Terbuka Hong Kong 2015.
Lee Chong Wei yang sekali lagi merupakan satu-satu wakil di peringkat suku akhir menumbangkan Chen Long dengan keputusan 13-21, 21-19, 21-15.

Kemenangan ini menyaksikan Lee Chong Wei bakal bertemu pemain tuan rumah, Angus Ng Ka-Lang di peringkat separuh akhir. Angus sebelum ini berjaya mengejutkan juara Olimpik dua kali, Lin Dan pada pusingan kedua. Lee Chong Wei perlu berhati-hati dengan pemain muda ini kerana kejutan yang dilakukan pasti menunjukkan kemampuan beliau.

ng-ka-long
Ng Ka Long, pemain muda berusia 21 tahun yang bakal ditentang Chong Wei di separuh akhir

Dalam aksi suku akhir menentang Chen Long, Chong Wei tumpas pada set pertama dengan 13-21 namun bangkit pada set kedua dengan kemenangan 21-19. Berbeza berbanding perlawanan di China, tentangan oleh Chen Long pada kali ini lebih hebat namun ketenangan memberikan kemenangan pada Chong Wei.
Pada rubber set, perlawanan agak mendebarkan namun kesilapan Chen Long memberikan beberapa mata mudah kepada Chong Wei memberikan ruang kepadanya untuk menjarakkan kedudukan sekaligus menamatkan perlawanan pada set penentuan dengan keputusan 21-15.

Kemenangan ini pastinya akan meningkatkan ranking Chong Wei yang berada di kedudukan keenam sebelum Kejohanan ini. Tidak mustahil beliau mampu berada dalam kelompok 3 terbaik jika mampu menjuarai kejohanan ini. Pasti juga ruang untuk ke Olimpik semakin mudah.

Cuma yang menjadi tanda tanya adalah dimana pemain lain. Pemain beregu Goh V Shern/Tan Wee Kiong juga masih tidak konsisten dan hanya mampu ke suku akhir sahaja manakala barisan pemain perseorangan negara masih tidak boleh diharapkan. Semoga BAM dapat melepaskan pemain-pemain yang tiada potensi untuk ke Olimpik bagi memberikan tumpuan pada perkembangan pemain-pemain di kalangan usia 15-20 tahun. Kita lihat sahaja Ng Ka Long yang baru berusia 21 tahun tapi berjaya menumbangkan jagoan yang lebih tinggi rankingnya. Berbeza dengan pemain perseorangn negara kita selain Lee Chong Wei yang masih tidak mampu menumbangkan pemain setaraf rankingnya. Jadi perubahan perlu dilakukan oleh pihak BAM sekiranya ingin melihat pelapis Lee Chong Wei pada masa hadapan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)