Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chong Wei tumpas aksi Kumpulan Siri Super Akhir

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan kempen Siri Super Akhir di Dubai dengan langkah kiri selepas tewas mudah kepada pilihan kedua kejohanan dari Korea, Son Wan Ho dalam aksi Kumpulan B, hari ini.
Chong Wei yang juga juara empat kali kejohanan itu tewas 10-21, 16-21 dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Hamdan.


Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu mengakui, gagal mencari rentak permai­nan yang diinginkan selain ba­nyak melakukan kesilapan.
Katanya, dia akan bangkit dalam perlawanan selepas ini menentang wakil Hong Kong, Angus Ng, esok.
“Banyak kesilapan mudah dalam set pertama, set kedua lebih baik dan saya akan berusaha mendapatkan semula rentak permainan saya.
“Selepas ini saya akan cuba menggunakan permainan mudah,” katanya.
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei juga tewas 7-21, 17-21 kepada pilihan kedua dari Denmark, Kamilla Rytter Juhl-Christinna Pedersen dalam aksi pembukaan Kumpulan B.
Sementara itu, pasangan beregu lelaki yang juga pilihan kedua kejohanan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mencatat kemenangan pertama saingan Kumpulan B selepas pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen menarik diri. – UTUSAN ONLINE

Please follow and like us:
error0

One thought on “Chong Wei tumpas aksi Kumpulan Siri Super Akhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)