LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chong Wei tidak letak sasaran di All-England

Kejohanan badminton All-England 2014 akan berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham pada 4-9 Mac ini namun pemain harapan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak meletakkan sasaran tinggi.
Walaupun diramalkan mendapat laluan mudah namun pemain nombor satu dunia itu lebih memberikan tumpuan kepada kejohanan lain seperti Piala Thomas di New Delhi, India (18-25 Mei), Sukan Komanwel , Glagsow, Scotland (21 Julai – 4 Ogos), Kejohanan Dunia BWF di Copenhagen, Denmark (25-31 Ogos) dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan (28 Sept- 5 Okt).

Lee Chong Wei pernah memenangi kejuaraan All-England pada 2010 dan 2011 dan berdasarkan undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Chong Wei dijangka mendapat laluan mudah selaku pilihan utama kejohanan berdepan Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand pada perlawanan pusingan pertama sebelum dijangka menentang rakan sepasukan, Chong Wei Feng atau Marc Zwiebler dari Jerman pada pusingan kedua.

Seterusnya, Chong Wei dijangka berdepan pencabarnya Du Pengyu dari China yang turun selaku pemain pilihan ketujuh dalam saingan suku akhir. Pada peringkat separuh akhir pula, Chong Wei mungkin berdepan pemain pilihan keempat Jan O Jorgensen dari Denmark atau pemain pilihan kelima dari Jepun, Kenichi Tago.
– BERNAMA

Sememangnya beliau tidak perlu menekan untuk menjuarai kejohanan All England ini. Mungkin sasaran yang perlu dikejar ialah Kejohanan Dunia BWf dan Sukan Asia yang masih belum mampu dimenangi. Manakala kejohanan Piala Thomas itu rasanya peluang samar kerana ianya secara berkumpulan manakala Sukan Komanwel bukanlah tahap yang dibanggakan bagi sukan badminton. Mungkin beliau perlu memberi keutamaan sebelum mengambil keputusan bersara.
lee chong wei lin dan
Sambil tu saksikan perlawanan pertunjukan dimana Lee Chong Wei dan Lin Dan bergabung sebagai satu regu menentang beregu Cai Yun/ FU Haifeng

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Chong Wei tidak letak sasaran di All-England

  1. Kita perlu menerima hakikat DLCW perlu bekerja keras untuk mengekalkan prestasi tinggi dan mengelakkan kecederaan yang menipis peluang beliau.

    Pada sama kita berharap generasi baru dapat mengalas cabaran dan kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh DLCW nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)